|
Warga Emas Pulau Pinang Dihormati |
|
|
|
|
Written by pemudabbendera
|
|
Sep 06, 2010 at 10:45 PM |
|
Prinsip agihan dan sumbangan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah jauh berbeza dengan apa yang menjadi amalan dalam pelaksanaan Kerajaan Pusat pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) kata Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim . Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini telah memberi penghargaan kepada 107,625 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas sebanyak RM100 setiap orang. Kerajaan Pulau Pinang juga telah memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap waris apabila ibu atau bapa mereka meninggal dunia. Sehingga 24 Ogos 2010, seramai 776 waris warga emas yang meninggal dunia telah mendaftar dengan kerajaan negeri Pulau Pinang telah mendapat sumbangan sebagai menampung kos urusan pengebumian. Write Comment (0 comments) |
|
|
Written by pemudabbendera
|
|
Sep 03, 2010 at 09:45 AM |
 PERMATANG PASIR – Bersempena sambutan Aidilfitri yang tinggal kurang dari 10 hari lagi, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pengkalan Tambang dekat sini mengambil inisiatif dengan mengadakan majlis sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan dalam kawasan berkenaan.
Pengelola majlis, Mohd Rodzi Saad berkata, sumbangan berupa makanan keperluan harian dan juga duit raya itu diberikan hasil usaha sama JKKK berkenaan dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd Salleh Man.
Menurutnya, peruntukan yang diberikan sempena majlis tersebut merupakan sumbangan ikhlas daripada individu dan juga JKKK, selain wakil rakyat sendiri bagi meringankan bebanan mereka yang kurang bernasib baik.
“Walaupun sumbangan yang diberikan ini tidak seberapa, namun ia amat bermakna kerana apa yang diberikan adalah hasil usaha kami sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
“Terima kasih diucapkan kepada ADUN yang memberikan sokongan penuh kepada kami dalam menjayakan program ini,” katanya.
Dalam pada itu, seramai 30 penerima menerima sumbangan hari raya pada petang tersebut. Mereka terdiri dari penduduk setempat yang tinggal dalam kawasan Pengkalan Tambang.
Kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah mereka yang berharap lebaran kali ini memberikan makna yang lebih mendalam berbanding tahun sebelumnya.
Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Mohd Salleh yang buat pertama kalinya muncul dalam majlis berkenaan selepas berehat hampir sebulan akibat penyakit bengkak usus. Write Comment (0 comments) |
|
|
Saleh Man teruskan khidmat untuk rakyat |
|
|
|
|
Written by pemudabbendera
|
|
Sep 03, 2010 at 09:39 AM |
| Mohd Sabri Said | PERMATANG PAUH, 2 Sept: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man menyambung semula tugasnya berkhidmat kepada rakyat setelah sebulan berehat kerana mengalami sakit di bahagian usus. Beliau yang dimasukan ke Hospital Bukit Mertajam awal bulan lepas dan terbaru dimasukkan semula ke wad di Hospital Seberang Jaya untuk rawatan susulan kini kelihatan lebih sihat dan cergas terutamanya mengatur program bantuan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk di Dun yang diwakilinya.
Terbaru beliau menyerahkan bantuan hasil kutipan beberapa individu kepada 30 keluarga miskin di Kampung Pengkalan Tambang. Bantuan berupa beras dan bekalan makanan seharian itu turut dibahagikan kepada beberapa kampung sekitar iaitu Kampung Kota, Kampung Bukit Jelutong, Sungai Sintuk dan Tanjung Putus. Selain beliau turut hadir dalam program ringkas itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Pengkalan Tambang, Shabudin Darus dan aktivis masyarakat, Mohd Rodzi Saad. Semasa ucapanya, Saleh menegaskan, kerajaan negeri begitu prihatin membantu masyarakat yang daif dan memerlukan simpati. Oleh itu, untuk menjamin pemberian sama rata yang diberikan itu rakyat tidak kira Melayu, Cina dan India wajar bersatu padu dan menjauhkan persengketaan yang dibangkitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. "Kehidupan di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat lebih sempurna berbanding semasa di era pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana ada antara golongan yang susah tidak memperolehi bantuan sebaliknya orang tertentu yang kadang-kadang memiliki kesempurnaan diberikan," katanya. | Write Comment (0 comments) |
|
|
Isu Khubtah :Pandangan YB.Salleh Man |
|
|
|
|
Written by pemudabbendera
|
|
Sep 02, 2010 at 09:47 AM |
|
"Tidak menjadi kesalahan untuk berdoa kepada bukan Islam untuk diberikan hidayah kepada mereka sama ada dalam khutbah atau sebaliknya ". 
Pandangan YB.Salleh Man Untuk elakkan isu Khatib berulang saya mempunyai pandangan iaitu setiap Masjid mempunyai imam dan Pengerusi Qaryah sepatutnya mereka ini harus bertanggungjawab. Persoalan timbul kebanyakkan Pengerusi Qaryah di masjid tidak berkebolehan membaca khutbah,sebaliknya hanya bergantung kepada imam. Maka pihak masjid terpaksa mengundang khatib dari luar untuk membacakannnya jika imam mempunyai masalah ketika itu. Ramai Pengerusi Qaryah tak mampu dan tak mahir baca khutbah Amat lah benar kata YB.Salleh Man selaku Timbalan Yang Di Pertua Majlis Agama Pulau Pinang (MAIPP) tepat sekali ramai Pengerusi Qaryah Negeri Pulau Pinang hampir 300 masjid tidak ada keupayaan membaca khutbah Jumaat . Kalau tak percaya sila tanya Pengerusi Qaryah tempat masing-masing mampukan , sampaikan khutbah Jumaat. Write Comment (0 comments) |
|
Last Updated ( Sep 02, 2010 at 08:53 PM )
|
|
|
Berapa Jumlah Permis Judi di kadun Tanjung Bungah |
|
|
|
|
Written by pemudabbendera
|
|
Aug 31, 2010 at 09:08 AM |
|
Berapa Jumlah Permis Judi di kadun Tanjung Bungah Berapakah jumlah permis judi yang diluluskan permis perniagaan oleh MPPP di kadun Tanjung Bungah.Adakah MPPP ada bercita-cita menambah permis judi atau mengurangkan permis judi di Kadun Tanjung Bungah.Minta Penjelasan. Dimaklumkan bahawa terdapat tujuh (7) premis perjudian di kadun Tg Bunga. Lesen aktiviti perjudian dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, Majlis hanya mengeluarkan lesen premis sahaja. Sekian, dimaklumkan. Bahagian Perhubungan Awam. Jabatan Khidmat Pengurusan. Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Write Comment (0 comments) |
|
|
|
<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
| Results 1 - 9 of 649 |