header image
Home arrow Berita Penang
Berita Penang
PAS: Media upahan Umno main isu peniaga Komtar PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Aug 14, 2010 at 08:18 AM
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP-PP) menganggap laporan yang berkaitan isu peniaga Melayu di bangunan Komtar sebagai tidak lebih sebagai politik murahan Umno/BN untuk meraih sokongan pengundi Melayu di negeri itu.

Menurutnya, rakyat termasuk di Pulau Pinang sudah muak dengan perangai kepimpinan Umno/BN, selain cuba mengalihkan isu kenaikan harga barang yang 'menjerut leher' peniaga dan pembeli dalam menghadapi bulan Ramadhan dan menjelang Syawal.

Ketua Penerangan PAS Neger Pulau Pinang Zulkifli Ishak turun mendengar sendiri permasalahan bazar Ramadhan bersama Yb.Komtar.


Ketuanya, Yusni Mat Piah menuduh akhbar upahan Umno/BN telah mensensasikan berita tersebut kononnya Pulau Pinang di Pakatan Rakyat berlaku zalim kepada peniaga yang rata-ratanya Melayu.

Sedangkan, tembahnya, hasil perbincangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang yang mewakili Pemuda Pakatan dengan ADUN Komtar dan PDC Urus Setia telah berjaya mencapai persetujuan:

1. Membenarkan 21 peniaga sedia ada di tingkat 3 Komtar meneruskan perniagaan mereka sehingga hari raya sebelum kerja-kerja baik pulih dijalankan.

2.

Membuka 17 lagi lot niaga di tingkat 3 dan 10 lagi lot di tingkat 4 untuk Bazar Ramadhan, iaitu tambahan 27 lot niaga lagi.

3. Mengekalkan kutipan sebanyak RM50 sehari untuk satu tapak seperti sebelumnya.

"Jadi yang menjadi isunya sekarang adalah Dewan Perniagaan Komtar (KMA) yang telah mengutip sewa tetapi tidak menjelaskannya kepada PDC.

"Tetapi ini tidak diberitakan, sebaliknya menuduh kerajaan negeri yang bersikap biadap sehingga sanggup bertindak menghalau peniaga tanpa belas ikhsan," tambah Yusni dalam satu kenyataan hari ini.

DPP-PP, katanya, merasakan sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil tindakan kepada akhbar-akhbar upahan Umno/BN yang didakwanya saban hari menyiarkan berita berunsurkan fitnah

Sebelum ini, akhbar tersebut menyiarkan artikel yang berbentuk perkauman dengan membangkitkan isu rumah dan kampung Melayu diroboh terutama isu Kampung Jalan Pokok Assam dan secara kosisten melabelkan kerajaan negeri sebagai anti-Melayu.

"Jadi mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya berdiam diri? Mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap akhbar ini sedangkan tindakan dan amaran tegas dikenakan terhadap media Pakatan?

"Inilah demokrasi ciptaan Umno/BN yang terus sombong walaupun sedang 'nazak," katanya.

Write Comment (0 comments)
Kadar tol untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Aug 12, 2010 at 03:12 AM

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA: TUAN LIEW CHIN TONG (BUKIT BENDERA)
TARIKH : 16 JUN 2010 (RABU)
SOALAN

Tuan Liew Chin Tong (Bukit Bendera) minta PERDANA MENTERI menyatakan kadar tol yang ditetapkan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang selepas ia dibina dan adakah kadar tol Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada akan dikaitkan dengan jambatan kedua atau pun kadar tol tidak akan dikenakan selepas konsesi jambatan pertama berakhir.

JAWAPAN:

Kadar tol bagi Jambatan Pulau Pinang Kedua berdasarkan 7 kelas pada tahun 2010 setelah siap beroperasi adalah seperti berikut :

Kelas Kenderaan Kadar Tol 2013 (RM)

Kelas 1 (Motosikal) 1.90

Kelas 2 (Kereta, teksi & van 2 Gandar 4 roda kecuali MPV) 9.40

Kelas 3 (Lori 2 gandar 4 roda termasuk Pick up & SUV) 16.20

Kelas 4 (Lori 2 gandar 6 roda, van 2 Gandar 6 roda & 33.60
bas 2 gandar 6 roda)

Kelas 5 (Lori 3 gandar) 60.60

Kelas 6 (Lori 4 gandar) 80.80

Kelas 7 (Lori 5 gandar) 100.90

Kadar tol yang ditetapkan di Jambatan Pulau Pinang Kedua adalah selaras dengan kadar tol yang akan dikenakan di Jambatan Pulau Pinang Pertama sehigga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama. Disebabkan jumlah pelaburan sebanyak RM4,500 juta dan tempoh konsesi selama 45 tahun, tol akan tetap dikenakan di Jambatan Pulau Pinang Kedua selepas konsesi jambatan pertama tamat.

...............

Rakyat P.Pinang tanggung hutang.Tol bebankan rakyat P.Pinang

Write Comment (0 comments)
PDC: Pengelola bazar gagal serah wang sewa PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Aug 11, 2010 at 10:11 PM
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah membuat keputusan untuk menghalang Bazar Ramadan di Komtar.

"Masalah utamanya adalah kegagalan pengelola Bazar Ramadan menyerahkan wang yang dipungut dari peniaga kepada PDC. Sehingga hari ini tidak ada satu sen pun yang dibayar kepada PDC," kata pengurus besarnya, Datuk Rosli Jaafar.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, PDC telah mengadakan satu perbincangan dengan peniaga terlibat dengan lot perniagaan Bazar Ramadan KOMTAR jam 2.30 petang semalam yang dihadiri 15 peniaga terbabit.

Juga hadir ialah wakil Persatuan Peniaga Komtar (KMA), Mohamed Ghani bin Abdul Jiman sebagai pengelola Bazar Ramadan.

Rosli berkata, PDC hanya memaklumkan bahawa pihak pengelola iaitu KMA, harus mengikut kesemua ketetapan, peraturan dan jumlah gerai yang ditetapkan.

Katanya, begitu juga dengan pembayaran yang sehingga kini tiada dipatuhi oleh KMA.

"PDC juga ingin melihat agar Bazar Ramadan ini tidak terlalu sesak yang akan menyebabkan orang ramai sulit berurusan dengan pusat pentadbiran negeri dan boleh menjejaskan keselamatan.

"Tindakan KMA berurusan dengan peniaga tanpa mendapatkan kelulusan telah merugikan pihak peniaga yang telah membuat persiapan serta mengeluarkan perbelanjaan," tambah Rosli.

Bagi menyelesaikan isu ini, katanya, persetujuan telah dicapai antara pihak pengelola, peniaga dan PDC, iaitu:

1. Bersetuju sejumlah 25 lot gerai sahaja diperuntukkan di ruang legar konkos Paras 3, Komtar, bagi memberi lebih keselesaan kepada semua peniaga dan pengunjung.

2. Bersetuju agar memastikan barangan perniagaan tidak melebihi dua kaki dari sempadan gerai untuk menjamin keselesaan ruang.

3. KMA bersetuju membayar sebanyak RM50 sehari bagi setiap gerai kepada PDC. Manakala PDC akan menanggung kos pemasangan gerai dan alatan yang berkaitan. KMA perlu menjelaskan bayaran sewa kepada PDC selewat-lewatnya esok.

4. Atas persetujuan pihak peniaga, sekiranya KMA gagal mematuhi syarat-syarat PDC dan tidak menjelaskan bayaran yang telah dipersetujui , maka pihak peniaga bersetuju untuk berurusan secara terus dengan PDC dengan kadar yang sama.

5. Pihak PDC bersetuju untuk menyewakan pada harga yang sama yang dikenakan kepada peniaga sedia ada pada kadar RM50 sehari setiap gerai, seandainya PDC mengambilalih pengurusan penyewaan gerai-gerai tersebut.

6. Atas permintaan para peniaga juga, tarikh penyewaan ini akan bermula pada esok dan tamat pada 12 September.

7. Peniaga boleh memasuki gerai masing-masing serta-merta.

8. Semua peniaga yang telah berurusan untuk menyewa lot Bazaar Ramadan dengan KMA akan diperuntukkan sejumlah 25 lot yang akan diuruskan oleh KMA.

Rosli berkata, melalui hasil perbincangan bersama ini, PDC percaya tidak ada masalah yang dihadapi peniaga Bazaar Ramadan sepertimana yang dakwanya digembar-gemburkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Write Comment (0 comments)
Apakah Peniaga Komtar ini Jujur PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Aug 11, 2010 at 05:12 AM

Dalam pertemuan dengan CEO Setia Urus Sdn Bhd, Encik Sabarul Aswadi Abdul Jalil semalam, beliau amat terkilan, marah dan kecewa dengan sikap KMA yang bertindak memalukan Melayu dan umat Islam.

Katanya fitnah diambang Ramadhan Al-Mubarak oleh KMA yang menuduh PDC tidak benarkan peniaga Melayu berniaga di Bazar Ramadhan adalah tidak benar sama sekali.


Beliau menjelaskan sebenarnya KMA cuba menutup kelemahan dan kesalahan mereka yang tidak mengikut persetujuan mesyuarat bersama pada 5 Ogos 2010 yang turut dihadiri oleh Pengerusi KMA Jimmy Chan.

KMA juga sepatutnya membayar RM17,500 (RM50.00 x 10 lot ruang x 35 hari) tetapi sebaliknya hari ini KMA hanya mahu membayar RM5,ooo sahaja kepada PDC.

Bayangkan gerai sedia ada 20 gerai ditambah penambahan 27 gerai Bazar Ramadhan bermakna jumlah gerai adalah 47 buah semuanya.

Ini bermakna kutipan sewa gerai adalah 47 gerai x RM50.00 x 35 hari = RM82,250.00 tetapi KMA hanya mahu membayar RM5,000 sahaja kepada PDC. Anda fikirlah banyak mana KMA buat keuntungan atas angin ke atas peniaga Melayu.

Ini bermakna KMA mahu kaut keuntungan besar ke atas peniaga Melayu. Yang buat kecoh dan sensasikan isu ini adalah Naib Pengerusi KMA Mohamed Ghani Abdul Jiman.

Dalam tinjauan kami terhadap peniaga Melayu di KOMTAR semalam, kami juga bertemu dengan Ghani, beliau mulanya mempertahankan kenyataannya seperti yang dilaporkan Utusan tetapi bila kami dedahkan perkara sebenar, terus wajahnya berubah dan minta izin mahu beredar katanya mahu solat jap. Nape nak lari mamu Ghani...

Untuk makluman semua Ghani ini adalah anti DAP dan beliau juga dahulu yang turut terlibat dalam demo SEDAQ di KOMTAR sebelum ini. Gambar beliau semasa terlibat dalam demo SEDAQ akan sharpshooter dedahkan.

Untuk makluman anda semua, Ghani adalah salah seorang daripada peniaga yang sedia ada di KOMTAR. Beliau menjual barangan kulit seperti jaket, tali pinggang dan sebagainya yang dibuat dari kulit.

Beliau juga sebenarnya tidak membayar sewa selama dua bulan kepada PDC berjumlah RM3,000.00 (RM50 x 30 hari x 2 bulan). Anda fkirlah sendiri sikapnya.

........

Apakah peniaga melayu di komtar ini jujur.Apakah dengan cara maki  hamun peniaga  melayu ini akan mendapat keuntungan berlibat kali ganda pada bulan Ramadhan atau peniaga ini lingkup terus.Apakah pembeli simpati atas mereka.Tunggu dan lihat nanti.

Siapa Untung Siapa Rugi............

Write Comment (0 comments)
Tuduhan Umno tidak ada asas kukuh PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Aug 10, 2010 at 06:00 AM

Sekali lagi umno buat tuduhan melayu P.Pinang terus ditindas....malangnya tuduhan itu tidak ada asas kukuh dan kuat fitnah.Itulah Umno ...akhirnya PDC mengulas apa cerita sebenarnya.

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hari ini menafikan dakwaan Dewan Perniagaan Komtar (KMA) dalam Mingguan Malaysia semalam yang ia menghalang 27 peniaga Melayu daripada berniaga ketika Ramadan di Komtar.

Merujuk kepada kenyataan akhbar (semalam), pihak PDC ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang dilaporkan bahawa 27 peniaga Melayu dihalang berniaga di bazar Ramadan di Komtar adalah tidak benar,” kata Pengurus Kanan Hartanah PDC Mohd Bazid Abdul Kahar.



Bazid berkata, adalah tidak bertanggungjawab untuk memainkan sentimen perkauman bahawa ada penindasan peniaga Melayu hanya untuk menutup kegagalan Persatuan Perniagaan Komtar (KMA) membayar sewa kepada PDC dan kegagalan menguruskan bazar Ramadan mengikut peraturan ditetapkan.

Kata beliau, sebenarnya permohonan KMA untuk menganjurkan bazar Ramadan di ruang legar paras tiga Komtar untuk 27 peniaga telah dibincang pada Jawatankuasa Induk Pemulihan Komtar Khamis lalu bersama-sama dengan wakil persatuan itu.

Pada mesyuarat itu, telah pun dibangkitkan perlunya mengehadkan jumlah bilangan peniaga demi mengatasi masalah kesesakan ekoran terlalu banyak gerai ditempatkan di pusat pentadbiran kerajaan negeri.

“Masalah kesesakan ini tahun lepas telah pun menyebabkan kesesakan dan kesulitan orang ramai keluar masuk ke Pusat Pentadbiran Negeri,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Laporan Mingguan Malaysia memetik Naib Pengerusi KMA Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, kesemua 27 peniaga yang terlibat hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk memulakan perniagaan mereka semalam.

Menurutnya, pihaknya dan Jawatankuasa Pemulihan Komtar yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik ketika bermesyuarat kali terakhir pada 5 Ogos lalu bersetuju untuk meneruskan tradisi bazar Ramadan yang dianjurkan setiap tahun.

Tambahnya, para peniaga juga telah membuat bayaran sewa tapak gerai kepada KMA selaku penganjur dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

Kata beliau, mengambil kira kewujudan 20 gerai yang sedia ada di kawasan yang dipohon dan untuk mengelakkan kesesakan di kawasan tersebut yang merupakan juga pintu masuk utama ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri, maka PDC telah memutuskan untuk hanya membenarkan penyewaan bagi 10 gerai beroperasi di situ dengan pengenaan sewaan RM50 sehari untuk setiap gerai, iaitu harga sama yang dibayar oleh 20 gerai sedia ada.

Surat kelulusan tentang penyewaan ini dikeluarkan oleh PDC pada petang Jumaat kepada KMA.

“KMA telah pun mendirikan gerai di kawasan tersebut sebelum sebarang kelulusan diterima daripada PDC dan tanpa membayar sewa.

“Di samping itu didapti bukan sahaja KMA mendirikan 10 gerai seperti yang diluluskan tetapi telah mendirikan 27 gerai,” katanya.

Jelas beliau, PDC bukannya menghalang tetapi hanya ingin mempastikan penggunaan ruang di ruang legar konkos dibayar sewa oleh KMA dan dibuat mengikut prosedur dan syarat yang dikenakan oleh PDC bagi menjamin suasana dan keselesaan di kawasan tersebut.

“Adalah tidak patut PDC dipersalahkan bila KMA mengutip sewa daripada 27 peniaga tetapi tidak pun diberikan kepada PDC.

“PDC juga ingin memaklumkan bahawa KMA telah bertindak tanpa pengetahuan PDC dengan berurusan terus dengan 27 peniaga terlibat dan mengutip wang sewaan.

“Sepatutnya KMA hanya boleh berbuat demikian apabila memperoleh kelulusan dan persetujuan PDC berkenaan penyewaan ruang legar tersebut,” katanya.

Tindakan KMA ini menurut beliau, telah menjadikan 27 peniaga tersebut sebagai mangsa yang kemudiannya menuduh PDC sebagai pihak yang bersalah dalam hal ini.

“Adalah tidak adil PDC dipersalahkan untuk kesalahan yang dilakukan oleh KMA.

“Dengan surat kelulusan yang PDC keluarkan bertarikh 6 Ogos 2010, pihak KMA boleh meneruskan dengan pemasangan kemudahan gerai yang dirancang tertakluk kepada syarat tidak melebihi 10 gerai dan membayar sewa yang dikutip daripada peniaga,” katanya.

Di samping itu katanya, KMA juga perlu memenuhi syarat-syarat yang PDC telah letakkan dalam surat kelulusan tersebut.

“Kini perkara ini telah menjadi satu isu. Sebagai jalan penyelesaian, Pengurus Besar PDC Dato Rosli bersetuju untuk ruang legar konkos paras tiga akan ditambah daripada 10 gerai kepada 17 gerai dengan penggenaan sewaan RM50 sehari bagi setiap gerai.

“Ini adalah untuk mengelak kesesakan, ketidakselesaan pengunjung serta keselamatan di kawasan tersebut,” katanya.

Sebagai alternatif, kata beliau, baki 10 peniaga lagi dibenarkan untuk ditempatkan di konkos paras empat untuk membantu pihak KMA, 10 peniaga terlibat hanya akan dikenakan sewaan RM25 sehari untuk setiap gerai iaitu selepas diskaun sebanyak 50 peratus.

Surat kelulusan yang baru berkenaan telah pun dikeluarkan oleh PDC hari ini.

“Sekiranya setelah usaha penyelesaian ini dibuat dan KMA gagal mematuhinya, maka PDC dengan kerjasama agensi penguat kuasa yang berkaitan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Pengurus Besar PDC Dato Rosli Jafar telah pun mengarahkan sekiranya KMA tidak mahu membayar sewa yang dikutip daripada peniaga kepada PDC dan mematuhi peraturan yang ditetapkan maka PDC akan terus berurusan dengan 27 peniaga secara individu.

“Adalah jelas di sini bahawa PDC tidak pernah sekali-kali menghalang peniaga untuk berniaga di situ tetapi apa yang perlu ialah segala urusan hendaklah dibuat dengan mengikut prosidur, pembayaran sewa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan demi menjamin keselesaan, keselamatan para peniaga dan para pengunjung kelak,” katanya.

Saya menyokong penuh saranan Pengurus Besar PDC Dato Rosli Jaafar berurusan terus dengan 27 peniaga secara individu.KMA adalah ahli UMNO.

Write Comment (0 comments)
<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 1 - 9 of 899