header image
Home arrow Isu Guaman
Isu Guaman
Dasar SOSCO (PERKESO) Perlu Digubalkan Semula PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Aug 09, 2010 at 07:39 AM
Dasar SOSCO (PERKESO) Perlu Digubalkan SemulaSkim-Skim Perlindungan PERKESO PERKESO mentadbirkan dua jenis skim keselamatan sosial iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.  Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberl perlindungan kepada para pekerja daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan. Skim Pencen Ilat pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab. Objektif kedua-dua skim keselamatan sosial ni adalah untuk menjamin pembayaran faedah tunai kepada pekerja dan orang tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka menimpa pekerja berkenaan. Isu.(contoh)1.Seorang Pekerja bercuti rehat yang dibenarkan oleh majikan.Semasa cuti rehat pekerja terbabit mengalami  kemalangan jalanraya dan mengalami kecederaaan patah kaki dan mendapat cuti 2 bulan oleh doktor.Masalah timbul pekerja tersebut dinafikan hak untuk memohon Skim Insurans Bencana Pekerjaan sedangkan caruman bulanan Sosco dipotong setiap bulan .Ini menyebabkan caruman yang dipotong sia-sia belaka tidak memberi apa apa makna terhadap pekerja.

Persoalan saya mendesak agar sistem Skim Insurans Bencana Pekerjaan (SOSCO) perlu digubalkan dengan memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja.

Usul dibangkitkan dalam wacana pekerja Pulau Pinang baru-baru ini.

Write Comment (0 comments)
Pas Bukit Bendera sokong tindakan Kerajaan P.Pinang saman malu PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Jul 26, 2010 at 03:48 PM

Pas Bukit Bendera  sokong tindakan kerajaan P.Pinang saman malu...... 

Isu KM-SDO: Guan Eng mahu saman Utusan

  
Lim Guan Eng akan memfailkan saman malu terhadap Utusan Malaysia atas laporan berhubung pertikaian di antara ketua menteri Pulau Pinang itu dengan pegawai kemajuan negerinya Nik Ali Mat Yunus.

Sehubungan iti, Lim melantik Karpal Singh yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor untuk mewakilinya dalam tindakan saman malu bagi dua laporan yang disiarkan Utusan Malaysia pada 23 dan 24 Julai lalu.

Karpal dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan laporan tersebut sebagai satu "kenyataan palsu dan pembohongan."

Berhubung aduan yang Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk sewaktu satu majlis rasmi di Pulau Pinang pada Oktober 2009, Utusan Malaysia dalam laporan tersebut menggambarkan ketua menteri itu berbohong - dengan menyiarkan satu foto yang menunjukkan Lim duduk di sebelah menteri di jabatan perdana menteri Datuk Nor Mohamed Yakcop di kerusi kenamaan di majlis tersebut.

Namun, Karpal berkata dakwaan bahawa Lim telah menggunakan perkataan "lidah biawak" dalam itu juga merupakan satu penipuan kerana isu berkaitan penyediaan kerusi itu tidak disebut oleh Lim, tetapi sengaja ditimbulkan oleh Nik Ali

"(Laporan itu) menyatakan bahawa Lim telah menggelarkan pegawai kemajuan negeri (SDO) Nik Ali Mat Yunus dengan panggilan biadap kerana mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Bendera pada 20 Oktober 2009.

"Perkara tidak dapat tempat duduk ini tidak dibangkitkan oleh Lim. Sebaliknya ia dibangkitkan sendiri oleh Nik Ali, semata-mata untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang kegagalan Nik Ali menjalankan tugas dengan cekap dan professional," kata Karpal.

Jelasnya, isu yang cuba dielakkan oleh Nik Ali ialah berkaitan "kehilangan RM150,000" berpunca daripada pembinaan satu pintu gerbang di Taman Kebun Bunga yang akhirnya dirobohkan.

Karpal berkata, Nik Ali juga ingin mengalihkan perhatian daripada isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau dengan menimbulkan isu penyediaan kerusi.

"Isu kerurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002.

Katanya lagi, Nik Ali juga bertindak tanpa menghormati kerajaan negeri apabila menjalankan projek kerajaan persekutuan tanpa memohon kebenaran daripada majlis kerajaan tempatan.

"Oleh kerana kegagalan menangani ketiga-tiga isu tersebut, Lim telah menyelar Nik Ali sebagai 'little napoleon' dan kesal (apabila) ketua setiausaha negara bersedia menyokong Nik Ali (dengan) menggunakan perkataan kesat seperti 'biadap' dan 'dayus' terhadap ketua menteri dalam sidang akhbar yang dianjurkan ADUN Umno," katanya lagi.

Karpal turut memberi ingatan kepada Nik Ali yang menikmati kadar sewa bagi banglo kerajaan negeri sebagai kediaman peribadinya dengan kadar serendah 10 peratus daripada kadar pasaran.

Namun, Karpal tidak menjelaskan sama ada kemudahan tersebut akan ditarik balik.
Write Comment (0 comments)
RTB Sungai Muda Ke SUHAKAM PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Jul 11, 2010 at 02:17 PM

Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat Bersama AJK Bertindak RTB Sungai Muda Ke SUHAKAM menyerahkan memorandum rakyat.

RTB Sungai Muda ke SUHAKAM by you.

Write Comment (0 comments)
Read more...
Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
May 31, 2010 at 08:27 PM
Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam. Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu. Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang. Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000. Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram. Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang. Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya. Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). "Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya. Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam. - Bernama Write Comment (0 comments)
20 Hotel dapat Sijil Halal di Pulau Pinang PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Apr 20, 2010 at 07:42 AM
Di antara beratus-ratus hotel yang terbina gah, Jabatan Hal Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) mengesahkan hanya 20 sahaja yang menerima sijil berkenaan dan dari masa ke semasa sedang dipantau dengan rapi.

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jaipp, Maznah Yusof berkata, manakala baki yang lain masih lagi belum memohon sijil penyediaan makanan yang halal daripada jabatannya.

Menurutnya, sijil berkenaan hanya diberikan apabila pihak hotel memohon dari Jaipp dan seterusnya Jaipp akan melakukan lawatan pemeriksaan beberapa kali bagi menentukan sama ada mereka layak atau tidak.

“Banyak di antara hotel yang mempunyai sijil halal ini terdiri dari hotel tiga hingga lima bintang, dan kebiasaannya dapur hotel tidak diberikan sijil halal berkenaan berikutan kebanyakan di antara mereka menggunakan bahan makanan yang tidak halal di sisi agama Islam.

“Antaranya yang paling popular ialah penggunaan cuka wain, dan juga sake buatan Jepun,” katanya ditemui selepas menyampaikan Ceramah Seminar Kepenggunaan Rakan Pengguna Zon Utara di Hotel Cititel. 



Maznah berkata, terbaru pihaknya mendapat permohonan daripada salah sebuah hotel di negeri ini yang mahukan Jaipp memberikan sijil penyediaan makanan yang halal.

Namun bagi pemeriksaan pertama kali pihaknya mendapati tukang masak berbangsa Melayu berkenaan menggunakan cuka wain, dan Jaipp menasihatkan supaya mereka mengelakkan penggunaan itu untuk mendapatkan sijil halal.

Menurutnya, bagi pemeriksaan kali kedua pihak Jaipp mendapati tiada lagi cuka wain itu.

“Tetapi mengejutkan apabila kami datang membuat pemeriksaan mengejut buat kali ketiga dan mendapati lelaki itu sedang cuba untuk menyorokkan botol-botol cuka wain dan sakae yang sudah pun tinggal suku sahaja.

“Saya bertanya hendak bawa ke mana dan dia kata hendak disorokkan, lebih geram apabila ketika kami tanya cuka wain diisi dalam makanan dan dihidangkan kepada penghuni hotel yang terdiri dari orang Islam juga, tetapi dinafikan oleh tukang masak itu, maka serta merta kami bekukan permohonan hotel berkenaan,” katanya namun enggan mengulas lanjut di mana lokasi hotel berkenaan.

Dalam pada itu pihaknya juga masih membuka permohonan mana-mana hotel untuk mendapatkan sijil penyediaan makanan di dapur yang halal.

Katanya, pemberian sijil itu juga sedikit sebanyak membantu pihak hotel berikutan kumpulan kakitangan kerajaan sering kali mengadakan kursus serta jamuan di hotel yang diiktiraf mempunyai sijil berkenaan.

“Jika ada sijil halal itu adalah kelebihan mereka, dari segi pengurusan sama ada mempunyai pekerja Islam atau tidak, kebanyakan hotel memang mempunyai pekerja dari orang Islam.

“Hanya jangan menggunakan bahan-bahan penyediaan makanan yang berunsurkan arak dan bahan lain yang tidak halal, barulah kami akan memberikan sijil yang halal kepada mereka,” katanya.
Write Comment (0 comments)
<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>

Results 1 - 9 of 61