header image
Home arrow Berita PAS
Berita PAS
Rumah Terbakar:TYDP PAS Kawasan Tanjung PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Sep 04, 2010 at 10:56 AM

Rumah Terbakar Timbalan Yang Di Pertua Pas Kawasan Tanjung Encik Berahim bin Saaid (Pak Berahim Melaka) pada hari Jumaat 03/09/2010 jam 11 pagi.Pas kawasan Tanjung mohon sumbangan kewangan dan lain-lain sumbangan membantu beliau.Segala sumbangan tuan-tuan bolehl hubungi TYP Pas Kawasan Tanjung Ust Yaacob tel 013 4203611.Taksiran kebakaran sebanyak RM 100,000.

Write Comment (0 comments)
Read more...
Tangkap :Siapa buat kerja biadap ini PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Sep 03, 2010 at 11:16 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan gambar palsu menunjukkan beliau sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam sebagai “satu lagi perbuatan jahat yang terdesak” yang keji oleh pihak yang mahu merosakkan imejnya.

 

Lapuran Polis dah dibuat...Minta segera ambil tindakan.

YDP Pas Tanjung Ust Yaacob tegaskan tindakan biadap,semakin melampau teknik pertindihan (super impose) perlu diambil tindakan dan tangkap pereka cipta ini segera ke muka pengadilan.

Write Comment (0 comments)
Read more...
Melatah tak tentu pasal PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Sep 03, 2010 at 10:07 AM

Terkejut juga dia kata ahli PAS>>>>>.Saya cuba dapatkan pengesahan apakah dia ini benar-benar ahli pas atau berpura-pura.Penipu adalah golongan munafik kata Rasullah s.a.w.

2 kawasan PAS dirujuk PAS Tanjung dan PAS Jelutong...

Persoalan mudah sahaja,dimana cawangan berdaftar dan dimana kawasan.Adakah manusia ini mengikuti dasar parti PAS,membayar yuran tahunan ,hadir dalam muktamar kawasan dan hadir dalam mana-mana perkara anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang atau PAS Pusat...Ini baru sikit tak semak lebih dalam lagi.

GEORGETOWN – Seorang aktivis yang juga ahli Pas di sini, kecewa berikutan isu tanah perkuburan di Jelutong masih belum selesai.

Arif Ibrahim berkata, walaupun kemerdekaan disambut setiap tahun namun, isu tapak perkuburan yang masih tidak mencukupi ibarat tanah air yang belum merdeka.

Menurutnya, beliau mengharapkan supaya ahli UMNO dan Pas bangkit mengutarakan isu ini supaya Kerajaan Negeri membuka luas mata mereka.

“Saya dan penduduk Jelutong mengharapkan tanah persendirian itu dijadikan sebagai tapak perkuburan,” katanya.

Beliau ditemui ketika sedang mengadakan bantahan secara bersendirian di pintu masuk utama pejabat Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Arif juga sempat menampal kertas yang tertulis perkataan Merdeka, Lot 21, 22 untuk tapak perkuburan baru Islam di hadapan pintu cermin pejabat MPPP.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Arif pernah cuba menarik perhatian Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai isu tanah perkuburan itu dengan melompat naik ke kereta Guan Eng.

Dalam laporan berkenaan beliau memaklumkan tanah perkuburan yang besar di Pulau Pinang hanya di Datok Keramat bersebelahan Masjid Hashim Yahya dan tanah perkuburan Jelutong bersebelahan dengan Masjid Jamek Jelutong.

Arif bimbang sekiranya pertambahan penduduk yang ketara di negeri ini menyebabkan kekurangan tanah perkuburan.

Isu yang dibangkit sekian lama oleh penduduk itu menjadi semakin keliru setelah beliau membuat semakan status tanah disalah sebuah bahagian MPPP yang mengatakan tanah itu kini bakal dibina perumahan mewah.

Ketika ditemui di Komtar Arif berkata, disebabkan tindakannya melompat ke atas kereta Guan Eng, beliau juga diserang secara peribadi oleh seorang penulis blog dalam laman web sebuah parti politik.

Menurutnya, penulis blog itu menuduhnya tidak bertamadun.

“Apa yang saya lakukan bukan untuk parti ataupun kepentingan peribadi tetapi ingin membantu penduduk Kampung Jelutong dan orang Islam khasnya di kawasan berkenaan mendapatkan hak mereka,” katanya.

Beliau juga sudah berjumpa dengan salah seorang penduduk dan mengatakan terdapat pihak yang memberikan sedikit pembesaran tanah perkuburan itu.

Namun, Arif sedih tapak berkenaan terlalu sempit dan tidak muat untuk tanah perkuburan baru.

“Saya minta supaya mana-mana orang Islam daripada UMNO dan Pas bangkit mengutarakan isu ini dan selepas Hari Raya Aidilfitri ini saya bersama penduduk Pulau Pinang akan datang semula ke MPPP.

“Kami akan menuntut hak untuk pembesaran tanah kubur orang Islam agar nasib orang Melayu terbela,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Write Comment (0 comments)
CM Ke Masjid Jamek Bagan Jermal PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Aug 29, 2010 at 10:46 PM

Sambutan meriah Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng di Masjid Jamek Bagan Jermal.

Write Comment (0 comments)
Last Updated ( Aug 30, 2010 at 11:57 AM )
Read more...
Bantu Penduduk:PAS Cawangan Tanjung Tokong PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Aug 29, 2010 at 02:41 PM

Ratusan Penduduk Tanjung Tokong hadir menerima bantuan di bulan Ramadhan kali ini dari PAS Cawangan Tanjung Tokong.Ramai penduduk Tanjung Tokong hadir disamping mengeratkan semula ikat kekeluargaan besar yang jarang dikumpulkan golongan miskin, ibu tunggal,oku,warga emas .

Write Comment (0 comments)
Read more...
<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 1 - 9 of 494