header image
Home arrow Berita Nasional
Berita Nasional
Selangor Haramkan Judi Piala Dunia Beroperasi PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
May 31, 2010 at 09:42 AM

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak akan membenarkan mana-mana premis beroperasi di negeri ini untuk menjalankan aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak.

Walaupun lesen perjudian bola sepak telah dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak beroperasi di negeri ini.

Ini kerana syarikat yang berkenaan perlu membuat permohonan lesen perniagaan terlebih dahulu dari PBT untuk menjalankan aktiviti perjudian bola sepak.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua PBT telah diberi arahan supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak.

“Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan tidak akan teragak-agak untuk menutup mana-mana premis yang menjalan perjudian bola sepak secara haram,” kata Abdul Khalid.

Sambil membantah keputusan Kerajaan Pusat mengeluarkan lesen perjudian sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia yang akan bermula 11 Jun ini, Abdul Khalid berpendapat keputusan itu adalah langkah yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.

Beliau menambah, tiada jaminan bahawa pemberian lesen perjudian itu akan menghapuskan perjudian secara haram.

Sebaliknya, tindakan Kerajaan Pusat itu akan memburukkan lagi penyakit sosial apabila semakin ramai orang yang mahu cepat kaya terutama golongan miskin yang sanggup menggunakan wang gaji atau simpanan untuk membuat pertaruhan.

Abdul Khalid berkata, keputusan kerajaan negeri dalam hal ini diharap dapat mengelak orang ramai, sama ada Islam atau bukan Islam daripada terjerumus dengan perbuatan merugikan dan melalaikan itu.

Katanya, Pakatan Rakyat sepakat bahawa aktiviti perjudian adalah haram dan boleh meninggalkan kesan negatif kepada kehidupan sosial masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah.


     
    Write Comment (0 comments)
    SOKONG SEMUA PBT GUNA KUASA HALANG JUDI BOLA NAJIB PDF Print E-mail
    Written by pemudabbendera   
    May 28, 2010 at 12:47 AM

    Mampukah Kerajaan Pulau Pinang dan PBT tempatan menghalang isu judi bola seperti saranan Dato Hj Mahfuz Omar.....Rakyat dah demo judi bola...tak puas hati..tunggu keputusan kerajaan Pulau Pinang pula...Rakyat Tunggu Kata YAB LIm Guan Eng .Kuasa Rakyat..rakyat ingin dengar.

    Demo Judi Bola Jumaat di Masjid Teluk Kumbar.....Pasti ramai yang datang....

    Oleh Dato' Haji Mahfuz Omar

    PAS menyokong keputusan dan tindakkan yang diambil oleh PBT Petaling Jaya, Selayang dan Ampang Jaya yang tidak akan membenarkan premis pengoperasian judi bola sepak Piala Dunia oleh Syarikat Ascot Sport anak Syarikat Kumpulan Berjaya Corp yang mendapat lesen judi tersebut dari Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Menteri Kewangan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Keputusan dan tindakkan tersebut menunjukkan satu keberanian dan ketegasan PBT yang memahami kesan yang bakal dihadapi negara dari amalan perjudian.

    Apa yang boleh dilakukan oleh PBT ialah pertamanya tidak mengeluarkan lesen premis judi bola sepak ini kepada Syarikat Kumpulan Berjaya Corp yang mendapat lesen untuk mengendalikan perjudian ini. Kedua ialah sepertimana kenyataan yang dibuat oleh Berjaya bahawa mereka akan menggunakan premis dan kemudahan Sport Toto yang sedang beroprasi secara sah untuk dijadikan pusat pengoperasian kegiatan judi bola sepak, maka pihak PBT boleh menarik balik lesen premis yang telah dikeluarkan oleh PBT sebelum ini kepada Sport Toto kerana menjalankan penambahan aktiviti judi tanpa kebenaran PBT.

     

    PBT juga hendaklah menolak sebarang permohonan penambahan aktiviti judi yang dikendalaikan dipremis Sport Toto. Dengan ini kita dapat menghalang kegiatan judi yang sangat besar tranksaksinya yang dijangka RM2 bilion dalam sehari. Dengan ini dapat mengelak dari berlakunya peningkatan gejala jenayah seperti curi, rompak, ragut dan kegiatan pinjaman along untuk berjudi yang akan menyebabkan berlakunya keberentakkan rumahtangga dan mengujudkan masalah sosial pada negara.

     

    Tahniah kepada Ahli Majlis PBT Selangor yang menggunakan kuasa yang ada pada mereka menghalang gejala keburukan judi ini. Saya menyeru semua kerajaan negeri khususnya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menjadikan ini sebagai satu permulaan yang baik kearah menghentikan amalan buruk ini. Saya menyeru semua Ahli Majlis PBT di negeri PR mengambil langkah dan tindakkan yang sama dalam menghalang kegiatan judi bola sepak yang diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.


    Saya akan menghubungi Pimpinan PR untuk membolehkan satu Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan PR diadakan dalam kadar yang segera untuk mengambil ketetapan supaya semua kerajaaan negeri dan PBT di negeri PR memerintah mengambil keputusan yang sama bagi menghalang pengoperasian judi bola sepak yang dilesenkan oleh Datuk Seri Najib kepada Berjaya corp.

     

     

    DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

    Naib Presiden PAS

    Write Comment (0 comments)
    Along...Usul ditolak sekarang isytihar perang PDF Print E-mail
    Written by pemudabbendera   
    Jun 23, 2009 at 02:29 AM

     Akhirnya ...isu Along yang pernah dibangkitkan oleh PAS dalam Parlimen pada DEC 2006 yang diibaratkan tidak ada kepentingan rakyat akhir kini kerajaan akur akan Along perosak masyarakat Malaysian.Sejauh mana tindakan akan diambil oleh KDN.....Tunggu dan lihat....

    Usul bincang keganasan 'Along' ditolak Speaker Dewan Rakyat

    Usul yang dibawa oleh Salahuddin Ayob (PAS - Kubang Kerian) bagi membincangkan isu keganasan dan sikap melampau ceti-ceti haram 'Along' di negara ini yang semakin hari semakin menjadi-jadi ditolak Yang diPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib hari ini.

    Menurut Ramli, usul itu ditolak kerana ia tidak perlu disegerakan berikutan Polis diRaja Malaysia (PDRM) dan kerajaan kini membuat pemantauan terhadap kegiatan 'Along'.

    Terdahulu Salahuddin dalam membacakan usulnya di bawah Aturan Urusan Mesyuarat perkara 18 (1) menyatakan, beliau memandang serius terhadap isu kegiatan ceti haram atau Ah Long yang menjalankan peras ugut kepada peminjam wang mereka hingga membabitkan kes pembunuhan.

    Terbaru katanya akibat terlalu tertekan dengan gangguan Ah Long tiga kanak-kanak yang dipaksa oleh ibu bapanya minum bahan peluntur Clorox mati setelah Ah Long dikatakan membuat ancaman kepada keluarga tersebut.

    Kes yang serius ini perlu ditangani oleh kerajaan secara bersungguh-sungguh memandangkan kegiatan peras ugut 'Ah Long' semakin berleluasa dan membimbangkan keselamatan awam, katanya. Serangan fizikal dan peras ugut yang dilakukan oleh Ah Long terhadap peminjam menyebabkan para peminjam sanggup membunuh diri dan keluarga kerana tidak sanggup menanggung ugutan daripada Ah Long.

    Beliau berkata, tragedi yang berlaku ke atas tiga kanak-kanak iaitu Seah Siew Cheung,12, Seah Siew Wen,10 dan Seah Siew Thong,8 merupakan mangsa kepada ibu bapa yang meminjam wang daripada Ah Long.

    Menurut beliau, berdasarkan laporan akhbar sebanyak 450 kes peras ugut dilakukan oleh ceti haram telah dilaporkan kepada Biro Aduan MCA pada tahun lalu dan itu telah membuktikan bahawa isu ini amat menjejaskan kepentingan ramai.

    Beliau berkata, kekejaman ceti haram ini telah mencabar kewibawaan pihak keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini dan satu tindakan konkrit perlu diambil oleh kerajaan. Selain itu katanya PAS mengambil serius pandangan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu rakyat bersama-sama melumpuhkan kegiatan Along ini yang memberi ancaman kepada kselematan negara

    Write Comment (0 comments)
    Read more...
    Jenayah seks luar tabii meningkat PDF Print E-mail
    Written by pemudabbendera   
    Jun 17, 2009 at 02:38 PM

    Kes dianggap serius dengan majoriti mangsa babit remaja bawah 18 tahun

    KUALA LUMPUR: Jenayah seksual luar tabii terus meningkat sejak 2006 dan walaupun kes yang dilaporkan tidak mencapai angka ribuan seperti kes rogol, ia dianggap serius kerana yang menjadi mangsa majoritinya adalah remaja bawah 18 tahun.

    Dalam tempoh 2006 hingga April tahun ini, sebanyak 716 kes dilaporkan dan 411 daripada mangsa adalah pelajar sekolah dan penuntut kolej.

    Lebih membimbangkan, dalam tempoh sama ada dua kes membabitkan jenayah seksual luar tabii terhadap binatang, kata Pegawai Siasatan Seksual/Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ASP Suraini Hussain.

    Beliau memberitahu Bernama, peningkatan setiap tahun kes membabitkan jenayah seksual luar tabii adalah serius dan ada kes seperti itu yang tidak dilaporkan kerana mangsa berasa malu selain bimbang identiti diketahui.

    “Kita takut statistik ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun jika tidak dibendung,” katanya.

    Pada 2006, sebanyak 180 kes jenayah seksual luar tabii dilaporkan, meningkat 51 kes pada 2007 menjadikannya 231 kes dan bertambah 12 kes lagi pada 2008 menjadikan 243 kes.

    Jenayah seksual luar tabii dipecahkan kepada beberapa seksyen dengan hukuman berbeza.

    Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377 Kanun keseksaan, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

    Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377A iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut atau dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

    Seksyen 377C merujuk kepada persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, manakala Seksyen 377 CA iaitu perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

    Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377D iaitu melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga dua tahun manakala kesalahan mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau, membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

    Suraini berkata, dalam kebanyakan kes mangsa kenal suspek.

    “Contohnya, mereka keluar bersama dan kemudian mangsa dipaksa melakukan hubungan seksual luar tabii,” katanya.

    Prof Madya Dr Mariani Md Nor dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, berkata gejala seksual luar tabii dilakukan untuk mendapat lebih keseronokan dan kepuasan terutama apabila perlakuan seks itu menyakitkan orang lain.

    Katanya dari kajian yang dilakukan, kebanyakan pelaku seksual luar tabii mempunyai pengalaman hitam dalam hidup seperti pernah melalui kesakitan atau diperlakukan dengan kejam sehingga menjadikannya seorang pendendam.

    “Sebab lain ialah tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seks biasa seperti dalam perkahwinan, jadi apabila ada ruang dan peluang di depan mata, mereka menggunakannya untuk mencapai kepuasan,” katanya.

    Katanya dalam perlakuan seks luar tabii seperti liwat membabitkan sesama lelaki tidak banyak menimbulkan syak wasangka.

    “Contonya jika lelaki membawa perempuan ke hotel, pastinya akan menimbulkan syak tetapi kalau lelaki dengan lelaki, siapa yang sangka?” katanya.

    Mariani berkata, paparan melalui media selain filem dan drama mengenai kisah hubungan luar tabii turut memberi rangsangan kepada pada golongan berkenaan.

    Write Comment (0 comments)
    Isu Pondan isu lama yang belum selesai PDF Print E-mail
    Written by pemudabbendera   
    Jun 17, 2009 at 02:24 PM

    Haram makan pil perancang

     

    KUALA LUMPUR 16 Jun - Lelaki Islam yang makan pil perancang dengan niat menjadi wanita adalah haram dan berdosa besar, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

    Beliau berkata, perbuatan itu umpama menyesali diri yang dilahirkan lelaki serta tidak bersyukur dengan anugerah Allah SWT.

    "Berniat untuk menjadi wanita pun sudah berdosa apatah lagi memakan pil-pil yang boleh memudaratkan kesihatan seperti menyebabkan 'mati pucuk' dan mengancam nyawa. Perbuatan itu haram hukumnya dan termasuk dalam tujuh dosa besar.

    "Seperti firman Allah SWT yang bermaksud 'Jangan kamu mendedahkan diri kamu kepada kebinasaan'," katanya kepada Utusan Malaysia.

    Beliau mengulas Laporan Khas Utusan Malaysia semalam yang menyiarkan kecenderungan lelaki lembut dan 'mak nyah' makan pil-pil perancang untuk wanita.

    Golongan tersebut beranggapan, amalan itu boleh merubah tubuh mereka seperti kaum hawa, payu dara membesar umpama gadis, kulit yang kasar menjadi halus dan gebu, suara parau bertukar merdu serta lunak.

    Selain itu, mereka mahu otot-otot sasa pada badan pula hilang lalu bertukar menjadi seksi.

    Trend mengambil pil perancang sebagai alternatif 'bajet murah' untuk menjadi 'wanita' ini dikatakan sudah menjadi amalan golongan tersebut sejak lima tahun lalu.

    Mengulas lanjut, Harussani berkata, golongan itu perlu segera bertaubat dengan meminta keampunan daripada Allah SWT.

    "Jangan meneruskan kehidupan yang dimurkai Allah dan bertentangan dengan masyarakat.

    "Hiduplah secara normal dan balik kepada masyarakat. Tiada masyarakat yang menolak golongan 'mak nyah' yang kembali menjalani kehidupan sebagai lelaki normal," ujarnya.

    Beliau berkata, jika golongan tersebut berjaya menukar rupa seperti 'wanita' melalui pembedahan jantina atau sebagainya apabila mati tetap dikebumikan sebagai lelaki.

    "Walaupun mereka (mak nyah) telah membuang atau menukar kemaluannya melalui pembedahan, apabila meninggal dunia mereka tetap akan dikebumikan sebagai lelaki," katanya.

    Menurut Harussani, beliau sendiri pernah mengadakan dialog secara terbuka dengan 'mak nyah' sekitar awal 1980-an sambil menyeru mereka kembali kehidupan normal.

    "Dalam dialog itu ada 'mak nyah' yang marah dengan saya kerana menganggap saya tidak memahami naluri mereka.

    "Hukum tetap hukum. Menderhaka kepada Allah tetap berdosa," tegasnya.

    Sementara itu, Harussani juga mengingatkan ahli-ahli farmasi Islam yang sengaja menjual pil-pil perancang kepada lelaki yang berniat untuk menjadi wanita turut menanggung dosa yang sama.

    "Jika mereka (ahli-ahli farmasi) tahu niat lelaki tersebut, mereka juga turut berdosa besar.

    "Perbuatan itu seperti bersubahat dengan golongan tersebut," ujarnya

    Write Comment (0 comments)
    Read more...
    << Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

    Results 1 - 9 of 126