header image
Home
Berita Penang
Berita Nasional
Blog YB SALLEH MAN
Blog YB Mohd Sabu
Berita PAS
Isu Guaman
Lajnah Pembangunan Tanah
Galeri Gambar
Links
Other Menu
Pautan PAS
Hubungi Kami
Administrator
Login Form
Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
Waktu Solat

Stat

View My Stats

Statistics
Visitors: 766365
Who's Online
We have 25 guests online
Search
Home arrow Isu Semasa arrow Golongan pelajar, remaja tiga negeri paling ramai terlibat kes jenayah
Golongan pelajar, remaja tiga negeri paling ramai terlibat kes jenayah PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Aug 26, 2005 at 04:04 AM

DUNGUN 12 Ogos - Golongan pelajar dan remaja di Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu paling ramai terlibat dalam kes jenayah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, remaja Melayu adalah yang tertinggi terlibat dalam kes jenayah iaitu 1,911 kes termasuk 40 remaja perempuan, kaum India (306 orang), Cina (242) dan lain-lain kaum sebanyak 325.



Katanya, sebanyak 2,042 kes melibatkan remaja berusia 16 hingga 18 tahun, 13 hingga 15 tahun (678 kes) dan 64 orang berusia antara 1 hingga 12 tahun.


``Berdasarkan statistik itu, satu kajian perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca peningkatan kes jenayah juvenil di negeri-negeri seperti Terengganu, Kedah dan Kelantan.



``Kajian itu perlu sama ada ia ada kaitan dengan tekanan akibat masalah kemiskinan keluarga, kesukaran mendapatkan pekerjaan atau biaya hidup yang tinggi sekarang,'' katanya.



Ongkili yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia berkata demikian selepas melancarkan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah Peringkat Negeri Terengganu di padang Astaka di sini, petang semalam.

Turut hadir pada sidang akhbar itu Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner 1 Datuk Hussin Ismail.



Beliau berkata, statistik terbaru Bukit Aman mendapati sebanyak 1,846 kes juvenil berlaku dalam tempoh itu dengan Selangor menduduki tempat pertama iaitu 239 kes, Pulau Pinang (186) dan Terengganu sebanyak 183 kes.



Ongkili berkata, peningkatan kes jenayah juvenil turut dilaporkan di Kedah (169), Perak (165), Kelantan (152), Sarawak (146), Sabah (132) dan Pahang (109).



Katanya, Kuala Lumpur yang sepatutnya mencatatkan kes jenayah juvenil paling tinggi sebaliknya berada di kedudukan kesembilan, manakala Perlis mencatatkan hanya 19 kes.



``Berdasarkan kategori usia itu, sebahagian besar yang terlibat dalam kes jenayah adalah pelajar lepasan sekolah menengah rendah yang tidak tahu arah haluan hidup mereka,'' katanya.



Tambah beliau, jenis kesalahan paling banyak dilakukan oleh pelajar dan remaja adalah jenayah harta benda terutama pecah rumah iaitu 1,263 kes dan jenayah kekerasan termasuk membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan orang lain (215).



Bagi membendung gejala tersebut, Ongkili menggesa agar lebih banyak pelajar sekolah di negara ini dilibatkan dalam Kelab Pencegahan Jenayah sebagai langkah awal membentuk diri mereka agar menjauhi kegiatan tidak bermoral.



``Sehingga kini, belum ada rekod menunjukkan para pelajar yang menyertai Kelab Pencegahan Jenayah termasuk setelah keluar dari sekolah yang terjebak dalam kes jenayah,'' katanya.



Sementara itu, Hussin berkata, soal siasat yang dilakukan oleh polis terhadap pelajar dan remaja bermasalah ini menunjukkan mereka tergolong sebagai anak yang terabai.



``Pelajar dan remaja yang ditangkap juga mengaku terjebak dengan kegiatan jenayah kerana kurang perhatian ibu bapa,'' katanya.



User Comments
Please login or register to add comments

Last Updated ( Aug 26, 2005 at 04:04 AM )