header image
Home
Berita Penang
Berita Nasional
Blog YB SALLEH MAN
Blog YB Mohd Sabu
Berita PAS
Isu Guaman
Lajnah Pembangunan Tanah
Galeri Gambar
Links
Other Menu
Pautan PAS
Hubungi Kami
Administrator
Login Form
Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
Waktu Solat

Stat

View My Stats

Statistics
Visitors: 766357
Who's Online
We have 25 guests online
Search
Home arrow Isu Semasa arrow PPSB tidak naikkan tambang feri
PPSB tidak naikkan tambang feri PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Jun 26, 2008 at 12:39 AM
 Fazli Abdullah

GEORGETOWN: Penang Port Sdn Bhd (PPSB), pengendali perkhidmatan feri di Pulau Pinang memberi jaminan tidak akan menaikkan tambang walaupun terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi berikutan kenaikan harga diesel.

Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Ibnihajar, berkata dengan kenaikan harga diesel RM1 seliter atau 63 peratus, PPSB yang tidak memperoleh subsidi, terpaksa membayar mengikut harga pasaran iaitu RM2.58 seliter.

Katanya, harga diesel yang tinggi itu memberi tekanan kepada operasi feri yang mengalami kerugian sejak beberapa tahun lalu, termasuk RM14.69 juta pada tahun lalu.

 

"Dengan kenaikan harga diesel, jumlah kerugian operasi feri akan meningkat tahun ini. Namun begitu, tambang feri tidak akan dinaikkan dan perkhidmatan akan diteruskan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PPSB di sini, semalam.

PPSB kini mengendalikan lapan feri bagi mengangkut kenderaan dan penumpang dari Butterworth ke sini, dengan mengenakan tambang sehala RM7.70 bagi kereta, RM2 (motosikal) dan RM1.20 (pejalan kaki). Kadar itu berkuat kuasa sejak Mei 2005.

Dengan kira-kira 35 peratus daripada kos operasi feri membabitkan penggunaan diesel, syarikat itu mengalami kerugian terkumpul lebih RM50 juta sejak empat tahun lalu.

PPSB mencatat kerugian operasi feri sebanyak RM12.11 juta pada 2004, RM13.4 juta (2005), RM10.73 juta (2006) dan RM14.69 juta (2007).

Dengan enam feri beroperasi setiap hari membabitkan 120 perjalanan, syarikat itu menanggung kos RM772 setiap perjalanan (perkiraan sebelum kenaikan harga diesel) berbanding kutipan sebanyak RM421 (jika feri penuh).

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, dalam keadaan syarikat mengalami kerugian operasi feri, adalah sukar bagi pihaknya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan semua pihak.

Pada masa sama, katanya, PPSB juga perlu memainkan peranan utama yang penting iaitu sebagai syarikat pengendali kargo.

“Kami perlu memastikan pengendalian kargo berjalan lancar dan cekap bagi memastikan keyakinan pelabur terus kekal.

"Jika wang dibelanjakan untuk menampung perkhidmatan feri yang rugi, ia mungkin boleh memberi kesan kepada pengendalian kargo," katanya


User Comments
Please login or register to add comments