header image
Home
Berita Penang
Berita Nasional
Blog YB SALLEH MAN
Blog YB Mohd Sabu
Berita PAS
Isu Guaman
Lajnah Pembangunan Tanah
Galeri Gambar
Links
Other Menu
Pautan PAS
Hubungi Kami
Administrator
Login Form
Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
Waktu Solat

Stat

View My Stats

Statistics
Visitors: 766368
Who's Online
We have 31 guests online
Search
Home arrow Isu Semasa arrow PR Pulau Pinang tidak tergugat dengan propaganda Umno
PR Pulau Pinang tidak tergugat dengan propaganda Umno PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Feb 06, 2010 at 10:38 AM
Ali Hashim   

PULAU PINANG, 5 Feb: Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang tidak akan terjejas dengan desakan dan propaganda yang telah dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi menggugat kestabilan yang sedia ada di negeri ini.

 

Menurut Exco Kerajaan Pulau Pinang, Wong Hon Wai, pelbagai spekulasi yang sedang dimainkan oleh Umno dan BN di negeri ini adalah semata-mata untuk menjadikan kepimpinan PR melatah dan sekaligus akur dengan kehendak mereka.

"Saya suka tegaskan di sini bahawa kami PR di Pulau Pinang, sama ada DAP, PKR maupun PAS tidak ada apa-apa konflik yang berlaku,” ujarnya.

Katanya, semua sandiwara yang cuba dimainkan oleh Umno dan komponen BN bagi menunjukkan kepada masyarakat seolah-olah PR berada dalam perpecahan.

Sekiranya Permit Polis diberikan kepada penganjur Demotrasi jalanan ,Apakah ada undang-undang permit polis boleh bakar seperti ini.Tiada tangkapan berlaku.

Apakah Himpunan Demotrasi Jalanan GPMS itu aman ,bakar patung dan seterusnya Bomba diarah curah air.Rakyat Pulau Pinang bijak boleh menilai otak Umno Perkauman.

"Tetapi sebenarnya ini semua adalah propaganda dan tindakan nakal mereka untuk mencuba sedikit demi sedikit tindakan mereka menggugat kesepaduan dan kestabilan yang ada dalam PR,” ujarnya lagi.

Ini, katanya bukan saja dilakukan di negeri ini bahkan Umno/BN sedang merancang dan menyerang negeri-negeri yang dkuasai oleh PR seperti Selangor, Kedah dan Kelantan.

"Sebagai pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang saya ingin meyakinkan kepada masyarakat semua bahawa dakwaan berlakunya perpecahan dalam PR di Pulau Pinang ini merupakan salah satu serangan psikologi yang sedang direncanakan oleh Umno dan BN bagi menjatuhkan kerajaan PR yang sedia,"katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Itam berkata, pelbagai dakwaan Umno dan BN membuktikan bahawa mereka semakin takut dengan kebangkitan rakyat yang semakin yakin dengan pemerintahan yang dilaksanakan oleh kerajaan PR kini.


User Comments
Please login or register to add comments