|
 Timbalan Pesurujaya Pas Pulau Pinang Ust.Taqiuddin Hamzah YDP PAS JELUTONG Wahai orang orang yg beriman, jika datang kepada kamu orang yg fasik membawa berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan sesuatu mushibah kepada satu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al Hujurat 6)
Sidang jumaat yg di muliakan,
Ayat yg dibacakan di atas memberi isyarat yg jelas tentang larangan yg keras , kepada mereka mereka yg mudah percaya, lekas percaya kepada berita berita yg di bawa oleh orang orang yg Fasik, memburukkan seseorang atau sesuatu kaum. Bukan di iyakan terus dan bukan pula dinafikan terus. Bahkan hendaklah diselidiki terlebih dahulu dengan teliti samaada benar ataupun palsu. Jangan sampai terburu buru menjatuhkan hukuman dan keputusan yg salah, padahal ternyata selepas itu tidak ada samasekali kesalahan sebagaimana yg diberitakan. Sidang jumaat yg di muliakan,
Kalau dahulu , mereka yg di gelar Fasik ini adalah seorang yg bernama Al Walid bin Uqbah bin Mu’ith. Yg telah membawa berita palsu, tentang Bani Mustaliq, yg hampir hampir membawa serangan Rasul s.a.w. ke atas bani Mustaliq yg kononnya telah Murtad dari Islam. Maka Allah telah menurunkan ayat ini sebagai satu bentuk perundangan yg membawa kaedah dan makanisma , bagaimana sesuatu isu itu perlu ditangani dan diselesaikan. Sidang jumaat yg di muliakan,
Dalam mengharungi dunia globalisasi, dunia IT, dunia sms kita tidak dapat mengelakkan diri dari menerima berita 2 palsu, isu2, gossip2, khabar dan fitnah yg tidak berasas lalu dihebohkan. Malah maklumat2 dihujung jari inilah yg menjadi Al-Quran dan Al-Hadis serta Nas yg tidak ditolak. Bahkan disebarkan melalui blogger dan facebook serta handset yg canggih agar sampai kepada sasaran nya. Sidang jumaat yg di muliakan,
Kalau zaman Rasulullah s.a.w , Al Walid bin Ukbah menyebarkan berita palsunya dengan mengunakan kuncu kuncunya, sehingga dia digelar dengan gelaran yg hina iaitu Fasik. Para ulama telah mendefinasikan fasik pada al walid ini adalah Kazaab,yakni pembohong, dan orang yg tidak segan silu melakukan dosa dosa. Sidang jumaat yg di muliakan,
Izinkan mimbar kali ini mendefinasikan fasik menurut kacamata dunia tanpa sempadan, menjangkau skop skop perlakuan hidup manusia yg tidak segan dan malu melakukan dosa masakini.
Kita mengambil hadis Ar Rasul sebagai neraca timbangan:
Menyelidiki dengan tenang adalah dari Allah dan tergopoh gapah adalah dari Syaiton.
Mereka yg tergolong dalam orang2 fasik adalah mereka yg berbohong dalam kenyataan dan fakta. Juga mereka mengharapkan maklumat yg disampaikan segera diterima dan dicerna agar racun berita itu berkesan pada sasarannya. Orang 2 fasik juga adalah mereka mereka yg menjadikan berita itu bentuk provokasi agar timbul sentimen sentimen memburuk seseorang atau kumpulan. Sidang jumaat yg di muliakan,
Di atas konsep tidak segan dan tidak malu melakukan dosa; definasi Orang 2 fasik juga terdiri dari mereka mereka yg ada kepentingan peribadi saperti: Perasuah dan penerima rasuah, yg tidak menilai adakah halal atau haram sumber rezki yg di terima.Orang2 fasik juga merupakan pemimpin2 yg menyalah gunakan kuasa. Juga Peniaga peniaga yg hanya memikirkan keuntungan dan laba yg banyak tanpa memikirkan kemaslahatan ummah. Kalau peluang mereka tergugat mereka akan bangun melatah dan menyebarkan maklumat palsu. Lain lah pula semasa mereka berada dalam kekenyangan dalam tembolok mereka dahulu. Mereka diam seribu bahasa akibat terlalu kenyang dengan kemewahan dunia. Sidang jumaat yg di muliakan,
Definasi orang 2 fasik juga tidak terlepas dari mereka mereka yg hidup bergelumang dengan dosa dan maksiat yg berterusan, suka pada kehidupan berpoya poya, tidak ada tanda tanda Islam dalam way of life nya. Memuja pemimpin dan bintang hiburan yg tidak memberi apa apa saham untuk Islam. Orang 2 fasik inilah pada hari ini, bangun untuk menyampaikan maklumat terkini, dengan mengatakan siapa yg benar, siapa yg salah, siapa yg menyeleweng dan siapa yg tidak amanah. Siapa yg tertindas , siapa yg di tindas. Kononnya merekalah juara rakyat dan pejuang saperti Al Walid bin Ukbah juga. Maka terbitlah doktrin doktrin lemah yg menyatakan kita perlu berarak semasa MaulidurRasul kerana hendak ikut bangsa lain yg boleh berarak. Sidang jumaat yg di muliakan, Berarak bukanlah menambah pahala dan tidak lah menjadi berdosa.Ia adalah mubah. Apalah erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi s.a.w kemudian menolak apa yang Nabi s.a.w. suruh dalam kehidupan kita. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tidak menghayati sunnah Nabi s.a.w.dalam minda dan pemikiran kita. Susah payah berarak, berselawat kemudian rasuah. Lagi banyak berselawat lagi banyak menyapu wang rakyat.Lagi banyak berarak berselawat kemudian lagi banyak salah guna kuasa.
Lagi banyak berarak, berselawat SPRM jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Adakah ini nilai perarakan Maulud dan selawat keatas nabi s.a.w. bagi golongan fasik yg menjadi pembawa berita palsu ? . Sidang jumaat yg di muliakan, Perarakkan Maulud tiada salahnya, tiada perarakan tak lah berdosa jadinya. Yang salah dan berdosa bila tolak sunnah Nabi s.a.w. Yang salah dan berdosa bila rasuah, salah guna kuasa, adu domba dikalangan rakyat agar bergaduh.
Yang salah dan berdosa bila orang2 fasik lakukan provokasi dengan berita palsu, supaya umat islam bakar Gereja,surau dan lempar kepala khinzir ke dalam masjid. Sidang jumaat yg di muliakan, Maka selidikilah dahulu setiap maklumat,setiap berita, setiap isu, setiap sms yg kita terima, agar kita tidak menjadi habuan racun fitnah orang orang Fasiq. Janganlah kita menjadi pelahap yg menelan segala apa yg kita terima.
Wahai orang orang beriman , janganlah sesuatu kaum mengolok olokan kaum yg lain, boleh jadi mereka yg di olok olokan itu lebih baik dari mereka. (al Hujurat 11). MASJID HASHIM YAHYA JELUTONG Please login or register to add comments |