header image
Home
Berita Penang
Berita Nasional
Blog YB SALLEH MAN
Blog YB Mohd Sabu
Berita PAS
Isu Guaman
Lajnah Pembangunan Tanah
Galeri Gambar
Links
Other Menu
Pautan PAS
Hubungi Kami
Administrator
Login Form
Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
Waktu Solat

Stat

View My Stats

Statistics
Visitors: 769831
Who's Online
We have 24 guests online
Search
Home arrow Isu Semasa arrow Pencapaian Halal Hub Pulau Pinang
Pencapaian Halal Hub Pulau Pinang PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Mar 07, 2010 at 03:11 PM

Sila nyatakan pencapaian Halal Hub yang dipromosikan oleh Kerajaan Negeri setakat kini.

RESMI PROGRAM  BERKHATAN KANAK KANAK BERAMAI-RAMAI

PIHH Development Sdn.  Bhd,  juga dikenali sebagai Halal Penang, ditubuhkan pada April 2009 dibawah Kerajaan Negeri sebagai sebuah agensi khusus untuk menyelaras,  mempromosi dan menguruskan pembangunan industri Hab Halal Antarabangsa Pulau Pinang (Penang International Halal Hub).
Aktiviti dan pencapaian PIHH adalah tertumpu kepada pembangunan 9 klaster utama iaitu:

(a) Pembuatan (Manufacturing Industries)

Di antara fungsi PIHH termasuklah meningkatkan pelaburan asing dan tempatan di dalam industri Halal,  mengalakkan industri tempatan meningkatkan rangkaian nilai (value chain) pasaran disamping mengalakkan peningkatan jumlah syarikat pengeluar makanan yang berstatus halal.  Pencapaian adalah seperti berikut:
 
(i)  Perdagangan
 
• PIHH telah membantu usahawan industri halal Pulau Pinang meningkatkan jumlah perdagangan dan mendapat peluang perniagaan baru dari luar negara seperti China dan Indonesia,  melalui penyertaan mereka di Penang Pavilion di MIHAS 2009.
 
• Misi perdagangan ke Wilayah Henan,  China telah memberikan peluang kepada PIHH untuk bermesyuarat dengan syarikat pengeluar makanan dari Henan,  bagi membantu mereka memasarkan produk ke pasaran Timur Tengah melalui Pulau Pinang.

• Melalui sesi pemadanan perniagaan semasa lawatan delegasi Henan ke Pulau Pinang pada September 2009,  tiga syarikat dari China telah menandatangani MOU dengan syarikat dari Pulau Pinang untuk membekalkan makanan haiwan bernilai 1.8 million USD dan membekalkan madu bernilai 1.0 million.
 
(ii) Pelaburan

• PIHH telah berjaya menarik minat syarikat tempatan dan asing seperti dari Riyadh dan China untuk melabur di Pulau Pinang.  Syarikat ini terdiri daripada syarikat pengeluaran makanan,  pergudangan dan pembungkusan barangan yang berminat untuk melabur dan membuka kilang di Kawasan Taman Perindustrian Halal Bukit Minyak.

 (iii) Persijilan

• Halal Penang turut mengalakkan syarikat-syarikat pengeluaran dan pembuatan makanan,  industri logistik dan industri perhotelan untuk memohon persijilan halal.  Menurut statistik daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP),  terdapat peningkatan jumlah syarikat yang diluluskan status halal dalam tempoh satu tahun ini daripada 62 buah syarikat pada tahun 2008 ke 103 buah syarikat pada 2009.
• Beberapa syarikat tempatan dari industri pengeluaran dan pembuatan makanan dan industri perhotelan telah berunding dengan PIHH mengenai status permohonan sijil halal dan masalah penangguhan permohonan sijil halal yang dihadapi. Sesetengah kes berjaya diselesaikan oleh PIHH sebagai pengantara dengan memberi alternatif sebagai penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.  Sesetengah kes adalah diluar bidang kuasa PIHH untuk menyelesaikannya dan memerlukan khidmat JAIPP.

(b)  Industri Asas-Tani
 
(i) PIHH telah mengenal pasti sumber bahan-bahan mentah berkualiti tinggi seperti pembekalan daging halal dan ramuan dari Acheh dan Selatan Thailand dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai hab penyumberan bahan mentah halal.

(ii) PIHH turut mengadakan pertemuan dengan sebuah syarikat pengeluar daging halal di Jepun yang berminat untuk bekerjasama dalam projek “Juru Beef” yang Halal diadaptasikan daripada projek “Kobe Beef”  Jepun.

 (c)  Life-sciences ( Biotech/Wellness/Medical)

(i) Lawatan Halal Penang ke Bio Malaysia 2009,  telah memberi peluang kepada Halal Penang untuk mempromosikan konsep Halal Penang,  disamping meneroka penyelidikan halal yang kian membangun di negara kita.  Halal Penang turut mengadakan perbincangan bersama penyelidik dari Timur Tengah,  yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai konsep pembangunan industri halal di Pulau Pinang.
 

(d)  Logistik (Logistic)

(i) Daripada pertemuan bersama Pelabuhan Rotterdam (Halal Zone),  pelabuhan masuk utama untuk produk Halal di Eropah,  Pelabuhan Rotterdam telah bersetuju untuk memulakan kerjasama persefahaman dengan Pelabuhan Pulau Pinang dengan matlamat menandatangani MOU pada Januari 2010. Persefahaman ini akan memfokuskan kepada pembangunan dua hala di antara kedua-dua pelabuhan halal secara keseluruhannya.
 
(ii) PIHH juga sedang dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan rangkaian pembekalan bahan mentah (transhipment) melalui peningkatan sistem pelabuhan dan lapangan terbang bagi menjanakan sumber bahan mentah ke Pulau Pinang.

(e)  Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

(i) Halal Penang sedang dalam proses perbincangan di peringkat akhir bersama institusi–institusi penyelidikan seperti USM,  Institut Penyelidikan Produk Halal di UPM,  Institut Penyelidikan Makanan Halal di Prince of Songkla University,  Pusat Penyelidikan Industri Halal di UIA dan Pusat Penyelidikan Halal di Chulalongkorn University untuk memperkukuhkan klaster R&D.  Pulau Pinang akan menjadi pusat rujukan utama dengan penubuhan “R&D Virtual Centre” di USM.
 
(f)  Pelancongan (Hospitality & Tourism)

(i) Dua hotel,   Hotel Seri Malaysia dan Hotel De’Feringghi sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan Syariah (Syariah compliant) dalam sistem pengurusan dan operasinya.

(ii) Misi perdagangan Kerajaan Negeri ke Arab Saudi, Bahrain dan Iran,  PIHH telah berpeluang untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan dari Timur Tengah untuk menarik pelancong Muslim ke Pulau Pinang,  sebagai salah satu destinasi pelancongan.

(iii) Susulan daripada lawatan ke Jeddah dan Riyadh,  PIHH akan memulakan proses mendapatkan kepakaran tertentu untuk menyediakan kertas kerja bagi membangunkan industri perhotelan berasaskan syariah/halal di Arab Saudi.


(g)  Kewangan (Finance Services)

(i) PIHH telah mengadakan diskusi dengan European Finance House (EFH) di London,  sebuah institusi pelaburan dan perbankan Islam di bawah kumpulan yang sama dengan Asian Finance Bank di Malaysia untuk memperkenalkan sistem perbankan Islam kepada pelabur asing.  Melalui perjumpaan ini,  EFH telah bersedia untuk menghubungkan Halal Penang dengan pelanggan dan pelabur yang berminat menceburi bidang industri halal.

(h)  Sumber Manusia (Human Capital)

(i) PIHH telah bekerjasama dengan institusi latihan tempatan seperti PSDC,  untuk membentuk pekerja yang bertauliah dari segi audit dan persijilan halal. Untuk tujuan ini,  PSDC dan HDC telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk menyediakan program latihan pekerja untuk memenuhi keperluan industri.
 
(ii) PIHH akan bekerjasama dengan wakil Prince Saud University dan Rabital Al-Islam di Riyadh untuk membentuk satu institusi latihan untuk menjana juruaudit yang professional dan bertauliah (licensed) bagi mengendalikan kerja-kerja persijilan dengan efektif.


(I)  Pemasaran dan Promosi (Marketing and Promotion)

(i) Halal Penang telah mengadakan program outreach iaitu program pertemuan bersama komuniti peniaga untuk memberi pendedahan mengenai peluang-peluang perniagaan dalam industri halal.  Program ini diadakan selaras bagi membentuk pembangunan kapasiti,  memberi pendidikan dan pendedahan kepada pengusaha dan pengeluar makanan,  industri logistik dan industri perhotelan dalam menceburi pembangunan industri halal di Pulau Pinang.

(ii) Misi perdagangan yang disertai oleh Halal Penang ke luar negara seperti misi perdagangan ke Wilayah Henan di China,  Singapura,  Jepun dan Jerman,  Halal Penang bukan sahaja berpeluang menyertai pameran dan konferens antarabangsa,  tetapi sekaligus telah mempromosikan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membangunkan industri hab halal antarabangsa Pulau Pinang ke peringkat global.

 


User Comments
Please login or register to add comments