header image
Home
Berita Penang
Berita Nasional
Blog YB SALLEH MAN
Blog YB Mohd Sabu
Berita PAS
Isu Guaman
Lajnah Pembangunan Tanah
Galeri Gambar
Links
Other Menu
Pautan PAS
Hubungi Kami
Administrator
Login Form
Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
Waktu Solat

Stat

View My Stats

Statistics
Visitors: 769828
Who's Online
We have 28 guests online
Search
Home arrow Isu Semasa arrow Tahan Bas Kilang,Pekerja sampai lewat
Tahan Bas Kilang,Pekerja sampai lewat PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Mar 09, 2010 at 05:39 PM

Tahan bas Kilang waktu pekerja balik pekerja...pekerja sampai lewat ke rumah.Ada pekerja yang sampai rumah jam 10 malam gara-gara semakan ops sepadu perdagangan.Waktu rehat pekerja tak cukup.Minta menteri berkenaan siasat.Tangkap bas kilang ,pekerja kilang jadi mangsa duduk dalam bas kilang hampir 3 jam.

144 Saman Dikeluarkan Dalam Ops Sepadu Perdagangan

PULAU PINANG: Lapan kenderaan disita dan 144 saman dikeluarkan terhadap bas dan van kilang yang didapati melakukan pelbagai kesalahan jalan raya dan permit dalam operasi sepadu perdagangan di Bayan Baru semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Supt Wan Aziz Wan Hussain berkata 27 saman dikeluarkan oleh polis, 11 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) atas kesalahan kepekatan asap dan 31 saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pula mengeluarkan 75 notis bagi kenderaan yang melanggar syarat premit manakala lapan van yang disita itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut oleh Puspakom.

Bercakap kepada pemberita di sini, Wan Aziz berkata sebanyak 131 bas kilang dan 80 van kilang diperiksa dalam operasi yang melibatkan JPJ, JAS, Puspakom, LPKP, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Operasi bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir 12 tengah malam yang dijalankan mengikut dua fasa itu membabitkan 82 pegawai dari pelbagai agensi penguatkuasa. - BERNAMA

  • E-mail this story
  •  

User Comments
Please login or register to add comments