|
Pasar Malam Batu Feringghi |
|
|
|
|
Written by pemudabbendera
|
|
Mar 13, 2010 at 02:19 PM |
|
Pasar Malam Batu FeringghiSetelah menunggu selama 40 tahun akhirnya pasar malam JKKK Batu Feringghi berjaya diadakan dan diresmikan oleh YB.Salleh Man Pesurujaya PAS Pulau Pinang pada 12 Mac 2010 Jumaat di jalan Sungai Emas Batu Feringhi.Pasar Malam Batu Feringghi ini dianjurkan oleh Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Feringghi bermula pada 5 Mac 2010.Sebanyak 180 petak gerai pasar malam disediakan dan kesemuanya sudah diisikan oleh para peniaga dari berbagai bagai kaum Melayu,Cina dan India. Kesemua para peniaga ada penduduk setempat sekitar Parlimen Bukit Bendera.Berbagai-bagai barangan boleh didapati di pasar malam JKKK Batu Feringghi.Pengunjung pasar malam JKKK Batu Feringgi adalah penduduk setempat dan para pelancong yang berada di pusat peranginan Batu Feringghi. Turut hadir Perasmian Pasar Malam Batu Feringghi ialah Pengerusi JKKK Batu Feringghi Jamaluddin Hashim dan AJK JKKK,YDP PAS Kawasan Parlimen Bukit Bendera Tuan Haji Halim Salleh,YB.Salleh Man dan Pak Andak YDP PAS Kawasan Bukit Mertajam .
Please login or register to add comments |