|
Azhar, minta maaf atau kena saman |
|
|
|
|
Written by pemudabbendera
|
|
Jul 24, 2010 at 09:04 PM |
|
Saman...Saman...Saman Saman biar UMCO Bangrap.....Banyak sangat dok tipu melayu.Kroni UMCO kaya....Saman bayar kepada rakyat...Saman RM150 Juta saman malu.....cukup popular. GEORGETOWN - Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohamed Yusoff Mohamed Noor mahu Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim meminta maaf kepadanya secara terbuka atau menghadapi tindakan saman kerana mengeluarkan tuduhan tidak berasas terhadapnya.
Mohamed Yusoff yang juga Pengerusi Kariah Masjid Kampung Jalan Pokok Asam berkata, tuduhan Azhar bahawa beliau adalah antara yang terlibat meluluskan pelan projek pembangunan Kampung Jalan Pokok Asam itu adalah tidak benar.
“Sebenarnya saya sendiri tidak terlibat meluluskan pelan. Saya hanya menduduki Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Infrastruktur dan Jawatankuasa Pendidikan Awam. Hanya tiga jawatan ini yang saya pegang sebagai Ahli Majlis MPPP.
“Dia mengeluarkan satu kenyataan yang liar terhadap saya secara terang-terang dan saya mahu dia minta maaf secara terbuka dengan segera iaitu sehingga bulan Ramadan. Seandainya tidak berbuat demikian saya akan saman,” katanya pada sidang media di sini.
Mohamed Yusoff berkata, tindakan Azhar melemparkan tuduhan terhadapnya boleh menjejaskan kreadibilitinya sebagai Ahli Majlis kerana ia adalah satu tuduhan yang serius tetapi tidak mempunyai asas.
“Saya tidak terlibat langsung dengan Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) dalam meluluskan apa-apa pelan. Dia harus tahu hanya Ahli Majlis dalam Jawatankuasa OSC dan Yang Dipertua MPPP yang layak meluluskan pelan yang dikemukakan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tuduhan kononya Mohamed Yusoff terlibat dalam kelulusan projek itu bertujuan jahat dan hanya memberi gambaran kepada penduduk kampung seolah-olah beliau merestui apa yang berlaku.
“Tuduhan ini adalah untuk menggambarkan kononya pengerusi kariah yang juga Ahli Majlis MPPP terlibat meluluskan projek ini. Ia adalah perkara tidak berasas untuk menimbulkan kekeliruan supaya orang kampung benci atau memarahinya,” katanya
Please login or register to add comments |