header image
Home
Berita Penang
Berita Nasional
Blog YB SALLEH MAN
Blog YB Mohd Sabu
Berita PAS
Isu Guaman
Lajnah Pembangunan Tanah
Galeri Gambar
Links
Other Menu
Pautan PAS
Hubungi Kami
Administrator
Login Form
Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
Waktu Solat

Stat

View My Stats

Statistics
Visitors: 766336
Who's Online
We have 27 guests online
Search
Home arrow Isu Semasa arrow Umno P Pinang gagal lihat 'gajah' depan mata
Umno P Pinang gagal lihat 'gajah' depan mata PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Jul 25, 2010 at 11:19 AM
Apabila ketua pembangkang negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim mendedahkan penduduk Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dianiaya kerana rumah mereka akan dirobohkan, beliau sebenarnya tidak menyedari yang beliau telah membuka pekung di dada.

Ini kerana pada masa yang sama, pihak berkuasa persekutuan juga melakukan perkara yang sama di kawasan dewan undangan negeri yang diwakilinya iatu di Penaga.

Ahli parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa sehubungan itu, menemplak Azhar (kiri) yang juga setiausaha Umno supaya tidak campur tangan hal di Jelutong “sedangkan urusan rumahnya sendiri terabai”.

Katanya, beberapa perkampungan Melayu di kawasan yang dipegang oleh ADUN Umno seperti di Bayan Lepas dan Tasek Gelugor juga menghadapi nasib yang sama tetapi tidak mendapat liputan media.

Mujahid, yang juga timbalan ketua PAS negeri berkata beberapa kampung di kawasan Azhar diberikan surat mengosongkan kediaman mereka daripada pihak berkuasa persekutuan dan beliau gagal membantu penduduk kampung berkenaan.

Beliau merujuk kepada keluarga di empat perkampungan di sepanjang Sungai Muda di Penaga yang mengadu bahawa Jabatan Tanah dan Galian mendesak mereka supaya berpindah, meskipun mereka belum dapat tempat berteduh yang baru.

Tanah di mana penduduk berkenaan menetap diperlukan bagi projek tebatan banjir kerajaan persekutuan dan wakil-wakil keluarga yang terbabit telah membawa rintihan mereka ke Parlimen.

Pada 8 Julai lalu, penduduk berkenaan berkunjung ke Dewan Rakyat untuk berjumpa dengan ahli parlimen mereka yang juga adalah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (BN-Kepala Batas) bagi mengadu masalah mereka yang diarah untuk berpindah itu.

Bagaimanapun Abdullah tidak hadir pada hari berkenaan dan penduduk tersebut, sebaliknya berjumpa dengan Mujahid dan ahli parlimen PAS yang lain untuk mendapatkan bantuan.

“Tolong jaga rumah tangga sendiri. Selesaikan masalah sendiri sebelum berjuang (bagi penduduk Kg Jalan Pokok Asam),” kata Mujahid (atas, berbaju merah) pada sidang akhbar di Pulau Pinang.

“Jangan pandang rendah pada keupayaan kami membantu penduduk kampung yang terjejas dan jangan jadikan mereka mangsa.

“Kita (Pakatan Rakyat) mampu membantu mereka,” katanya lagi.

User Comments
Please login or register to add comments