header image
Home
Berita Penang
Berita Nasional
Blog YB SALLEH MAN
Blog YB Mohd Sabu
Berita PAS
Isu Guaman
Lajnah Pembangunan Tanah
Galeri Gambar
Links
Other Menu
Pautan PAS
Hubungi Kami
Administrator
Login Form
Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
Waktu Solat

Stat

View My Stats

Statistics
Visitors: 769808
Who's Online
We have 15 guests online
Search
Home arrow Isu Semasa arrow GRO warga asing ditahan
GRO warga asing ditahan PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Aug 10, 2006 at 02:04 AM

SEBERANG JAYA: Dua belas wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan berasingan di dua pusat hiburan di Georgetown, kelmarin.

Wanita terbabit, lapan warga Thailand dan empat dari China, antara 24 warga asing berusia antara 25 hingga 35 tahun yang ditahan kerana pelbagai kesalahan dalam `Ops Sayang' dan `Ops Jaja'.


Dua wanita warga Uzbezkistan dipercayai pelacur berusia 28 dan 32 tahun turut ditahan dalam dua bilik berasingan di sebuah hotel di Prai dalam serbuan berasingan.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri, Basri Hassan, berkata operasi bermula jam 9.30 malam kelmarin hingga jam 1 pagi semalam, membabitkan 27 pegawai penguat kuasa.

Katanya, serbuan ditumpukan kepada empat lokasi berasingan sekitar Bayan Baru, Jelutong, Jalan Transfer dan Lebuh Chulia di Georgetown.

Beliau berkata, lapan GRO warga Thailand itu ditahan di sebuah pusat hiburan di Bayan Bay, Bayan Baru manakala empat GRO dari China ditahan di sebuah kafe di Jalan Transfer di Georgetown.

"Jabatan Imigresen turut menahan lapan warga asing terdiri dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, tiga lelaki warga Nepal dan dua lelaki warga Myanmar kerana bekerja sebagai pembantu kedai.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki pasport, selain kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahguna pas lawatan.

"GRO dan pelacur warga asing itu ditahan mengikut Seksyen 8 (3) Akta Imigresen 1959/63 kerana didapati melakukan kegiatan tidak bermoral," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Basri berkata, pegawai penguat kuasa terpaksa berlagak sebagai pelanggan di pusat hiburan berkenaan dan menempah empat GRO warga asing bagi mengelirukan mereka.

Katanya, turut ditahan seorang pondan warga Indonesia yang tidak memiliki sebarang dokumen di sebuah bilik di rumah tumpangan di Lebuh Chulia.

"Semua warga asing berkenaan ditahan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen negeri di Seberang Jaya untuk siasatan lanjut sebelum dihadapkan ke mahkamah,” katanya.



User Comments
Please login or register to add comments

Last Updated ( Aug 10, 2006 at 02:04 AM )