header image
Home
Berita Penang
Berita Nasional
Blog YB SALLEH MAN
Blog YB Mohd Sabu
Berita PAS
Isu Guaman
Lajnah Pembangunan Tanah
Galeri Gambar
Links
Other Menu
Pautan PAS
Hubungi Kami
Administrator
Login Form
Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
Waktu Solat

Stat

View My Stats

Statistics
Visitors: 769805
Who's Online
We have 10 guests online
Search
Home arrow Isu Semasa arrow Pengangkutan Awam Lemah macam CM
Pengangkutan Awam Lemah macam CM PDF Print E-mail
Written by pemudabbendera   
Aug 10, 2006 at 02:09 AM

GEORGETOWN: Harapan penduduk Pulau Pinang untuk menikmati perkhidmatan pengangkutan awam berkualiti, masih belum kesampaian walaupun pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri sejak berpuluh tahun lalu.


Perkhidmatan bas masih pada takuk lama walaupun kerajaan negeri memperkenalkan pelbagai kaedah termasuk terbaru, sistem penyusunan semula laluan bermula 1 April lalu.

Sistem baru itu gagal apabila pengguna masih berdepan pelbagai masalah termasuk tambang lebih mahal, kekurangan bas, bas uzur, tidak mengikut jadual dan laluan serta pemandu kurang sopan.

Keadaan itu timbul apabila syarikat pengangkutan sedia ada masih mengekalkan budaya kerja lama termasuk memajak bas mereka demi mengaut keuntungan yang tinggi.

Begitu juga dengan perkhidmatan teksi, pengguna masih berhadapan dengan sikap pemandu yang suka mengambil kesempatan mengenakan tambang mahal berikutan tiada undang-undang yang mewajibkan memasang meter (sebelum 1 Ogos).

Selain itu, pengguna juga merungut kerana teksi memilih penumpang, mengenakan caj tambahan ke tempat yang kurang penumpang dan masalah kekurangan teksi.

Keadaan itu yang berlarutan sejak sekian lama, menimbulkan pelbagai masalah kepada orang ramai. Oleh itu, tidak hairanlah penduduk Pulau Pinang enggan menaiki teksi kecuali dalam keadaan terdesak.

Bagi menyelesaikan kemelut itu, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) memutuskan untuk menguatkuasakan teksi bermeter mulai kelmarin, iaitu kira-kira 11 tahun selepas cadangan asal.

Penggunaan teksi bermeter di Pulau Pinang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Jun 1995. Bagaimanapun disebabkan pelbagai alasan oleh pengusaha termasuk kawasan liputan sempit, kerajaan menangguhkannya.

Keputusan itu bukan satu jaminan kira-kira 1,000 pengusaha teksi akan mematuhinya kerana sebelum ini mereka sudah menunjukkan rasa tidak senang hati dengan mendakwa kadar tambang yang ditetapkan merugikan.

Berikutan masalah pengangkutan bas dan teksi yang masih belum dapat diatasi sepenuhnya, penduduk tempatan sudah hilang kepercayaan dan memilih pengangkutan sendiri untuk memudahkan pergerakan mereka.

Keadaan itu menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas tidak dapat diatasi dan menjadi semakin kritikal apabila bilangan kenderaan lebih tinggi daripada jumlah penduduknya sekitar 1.3 juta orang.


PERLU NAIK TARAF: Stesen bas di Pengkalan Weld,
Georgetown.


Bagaimanapun, bagi golongan kurang mampu, mereka masih bergantung harap kepada perkhidmatan bas untuk berulang-alik walaupun keberatan untuk menaikinya.

Seorang warga emas dari Kampung Permatang Batu, Bukit Mertajam, yang sering menaiki bas untuk ke rumah anak saudaranya, Abd Aziz Puteh, 70, berkata beliau tiada pilihan, selain terpaksa menaiki bas yang tambangnya jauh lebih murah daripada teksi.

"Walaupun bas buruk dan sering datang lambat, tetapi saya menaiki bas untuk berulang-alik ke rumah anak saudara.

"Tetapi saudara mara saya, ramai yang memiliki motosikal dan kereta sendiri, yang memudahkan mereka pergi kerja," katanya.

P Selvi, 42, berkata perkhidmatan bas yang semakin teruk menyebabkan keluarganya menggunakan motosikal dan kereta sebagai pengangkutan utama mereka dari rumah di Ayer Hitam.

"Kalau mahu pergi kerja naik bas, nanti lambat pula sampai ke tempat kerja kerana bas datang tidak mengikut masa.

"Oleh itu, suami saya pergi kerja menunggang motosikal, manakala anak bawa saya memandu kenderaan masing-masing," katanya yang mengakui keadaan itu boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Dia yang bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak di Jalan Burma, kadang kala terpaksa menaiki bas apabila ahli keluarga tidak sempat mengambilnya dari tempat kerja.

"Walaupun tidak selalu menaiki bas berbanding zaman muda dulu, saya dapati mutu perkhidmatan bas sama seperti dulu, tidak bertambah baik, malah teruk.

"Saya pernah menunggu bas lebih satu jam untuk pulang ke rumah, dan keadaan itu memenatkan serta memerlukan kesabaran," katanya.

Mohd Hadi Alias, 22, dari Paya Terubong di sini, berkata dia terpaksa menggunakan perkhidmatan bas untuk ke bandar kerana tambang yang murah berbanding teksi.

"Saya baru bekerja kilang di Bayan Lepas, tidak mampu membeli motosikal.

"Walaupun terpaksa berjalan kaki jauh untuk mendapatkan bas di laluan utama, saya harungi juga kerana tiada pilihan lain," katanya yang berharap masalah itu dapat diselesaikan segera.

Apa pun, dengan usaha berterusan kerajaan negeri dan agensi pusat melakukan penambahbaikan sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang, impian penduduk negeri ini untuk menikmati pengangkutan awam yang lebih selesa dan cekap, akan tercapai.

Fakta Nombor: Pengangkutan awam Pulau Pinang

100 - Bilangan bas

1,043 - Bilangan teksi



Fakta: Tarikh sistem baru

1 April 2006 - Tarikh penyusunan semula laluan bas dikuatkuasa

1 Ogos 2006 - Tarikh penguatkuasaan teksi bermeter



User Comments
Please login or register to add comments

Last Updated ( Aug 10, 2006 at 02:09 AM )