|
Sungai kita perlu diselamatkan |
|
|
|
|
Written by pemudabbendera
|
|
Jul 20, 2007 at 09:53 PM |
 Buang sampah merata-rata,Sungai jadi mangsa Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Pulau Pinang mencadangkan dan tindakan perlu diambil pencegahan segera . Langkah-langkah yang sedang diambil bagi menangani masalah-masalah sungai yang tercemar ini adalah seperti berikut. Di antaranya: (i) penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar ke atas punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti; (ii) mempergiatkan lagi aktiviti kesedaran awam bagi mencegah pencemaran dan membersihkan sungai melalui pelbagai program di bawah Jabatan Alam Sekitar dan juga Jabatan Pengairan dan Saliran; (iii) penubuhan satu pasukan petugas khas menangani pencemaran sungai untuk mengenal pasti sungai-sungai yang tercemar tersebut dan mewujudkan dedicated team yang merangkumi agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan bersepadu; (iv) kempen pencegahan pencemaran dan pembersihan sungai di kawasan pihak berkuasa tempatan. Melaksanakan program pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai; (v) penubuhan Jawatankuasa Alam Sekitar di peringkat Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri bagi memantau kegiatan pencemaran terhadap sungai-sungai dan kawasan masing-masing.
Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Pulau Pinang tegaskan perlu dipercepatkan satu sistem pengurusan sungai secara bersepadu dan juga undang-undang sungai ataupun River Law yang perlu dibentangkan di peringkat kerajaan negeri, Dewan Undangan Negeri untuk memantau dan mengenal pasti cara dan kaedah yang terbaik untuk menjaga sungai kita daripada tercemar.
Please login or register to add comments |
|
Last Updated ( Jul 20, 2007 at 09:53 PM )
|