|
Pengenalan: Dari dulu sehingga sekarang, masyarakat luar Bandar umumnya dan nelayan pantai khususnya tidak lari daripada permasalahan seperti penggunaan pukat tunda, pencemaran sisa-sisa industri dan kolam udang, pemusnahan habitat seperti hutan paya laut yang mengakibatkan kemerosotan hasil tangkapan bagi nelayan pantai dan penguatkusaan yang tidak efisien oleh Jabatan Perikanan. Penindasan yang dialami oleh mereka bukanlah sesuatu yang baru. Namun tidak ada tindakan konkrit yang diambil secara bersama oleh semua pihak menyebabkan nasib nelayan lebih derita. Bengkel ini dianjurkan untuk memberi pendedahan, berkongsi pendapat dan permasalahan supaya satu jalan penyelesaian dapat dikenalpasti bagi membantu nelayan-nelayan ini dan juga secara umumnya mengupaya masyarakat luar bandar. Program ini bertujuan membina mekanisme dan jaringan bertindak di kalangan nelayan Pantai dan masyarakat luar Bandar khususnya. Ianya juga bagi membina gerakkerja tersusun dikalangan Nelayan Pantai bagi mengatasi segala permasalahan, yang dihadapi oleh mereka. Justeru SAM, ASAS Merbok, ASAS Kerpan, dan PIFWA telah menganjurkan secara bersama bengkel 2 hari yang berumula 16 Julai 2005 – 17 Julai 2005, bagi tujuan mencari mekanisme bersama menangani masalah nelayan pantai.
Tema: “ Kekuatan Bersama Nelayan Memulihara Alam Sekitar & Membela Nasib Komuniti Nelayan “ Objektif: 1. Berkongsi pendapat, pengalaman dan juga masalah berkenaan perikanan pesisir pantai. 2. Memperkuatkan rangkaian antara nelayan perikanan pesisir pantai (networking) 3. Memberi pengetahuan, input serta aspek perundangan terkini mengenai perikanan di Malaysia. 4. Merangka gerakkerja tersusun , Nelayan pantai untuk pemuliharaan alam sekitar dan membela nasib nelayan pantai. Output: · Mengenalpasti permasalahan nelayan-nelayan pesisir pantai · Membina jaringan bertindak dikalangan nelayan pantai. · Penghasilan pelan bertindak bagi kumpulan nelayan –nelayan Berikut Merupakan Senarai Isu –Isu Nelayan Pantai Yang Di Kenalpasti Di Dalam Bengkel Nelayan Pantai Tersebut Isu-Isu Nelayan Pantai i. Pencerobohan pukat tunda ke kawasan nelayan pantai ii. Penyelewengan subsidi minyak iii. Pencemaran iv. Kesan Tsunami v. Sosio-ekonomi vi. Perumahan nelayan vii. Efluen dari kolam akuakultur viii. Penambakan dan Perlombongan pasir ix. Eko-pelancongan x. Penebusgunaan tanah hutan paya laut/bakau xi. Ketiadaan pengurusan perikanan dan polisi penguatkuasaan xii. Ketiadaan kemudahan asas-tiada tempat pendaratan, kilang ais atau awet dingin (penstoran) 1. Pencerobohan pukat tunda ke kawasan nelayan pantai Aktiviti pencerobohan pukat tunda di kawasan pinggir pantai mengakibatkan berlakunya penangkapan yang berlebihan. Pengunaan pukat tunda boleh dikatakan sebagai melombong sumber asli tanpa menghiraukan kemusnahan alam sekitar. Ini kerana dengan saiz mata pukat yang kecil, tidak hairanlah anak-anak ikan/juvenile marin yang lain juga tertangkap. Tangkapan yang lebih banyak dari sumber semulajadi antara punca ikan semakin berkurangan. Jabatan Perikanan telah menetapkan zon-zon penangkapan ikan bagi memastikan tiada percanggahan sumber perikanan berlaku, namun dari segi penguatkuasaannya amatlah menyedihkan. Zon Batu Nautika Kapasiti GRT Bot Peralatan Menangkap A 5 dan kurang - Tradisional B 5 – 12 40 dan kurang Pukat tundadanpukat jerut C 12 – 30 40-69 C2 30 dan lebih 70 dan ke atas § Penggunaan jaring Apollo, pukat siput, pukat rawa sorong Penggunaan pukat-pukat ini bukan saja akan mengaut segala hidupan yang ada di dalam laut bahkan ianya juga turut memusnahkan ekosistem bila mana batu karang serta tukun yang menjadi tempat ikan membiak akan turut musnah disebabkan penggunaan pukat-pukat ini. 2. Penyelewengan subsidi minyak Kekurangan diesel minyak disebabkan pemberikan kuota diesel dari jumlah yang sebenar mengakibatkan para nelayan tidak dapat turun ke laut. Terdapat pihak ketiga yang ingin mengaut keuntungan dengan cara yang tidak sah seperti menjual diesel-diesel yang telah diberi subsidi oleh pihak kerajaan kepada penduduk negara seperti Thailand. Hal ini menyebabkan nelayan-nelayan mengalami kesusahan akibat harga diesel yang tinggi. 3. Pencemaran Pencemaran air berlaku akibat pembangunan tanah dan pelepasan bahan buangan atau efluen ke dalam sistem perairan, sama ada darat ataupun laut. Bahan cemar yang dilepaskan ke dalam air selalunya terdiri daripada kumbahan, sisa kimia, tumpahan minyak, keladak dan sisa terma. Pencemaran boleh dibahagikan kepada 2 iaitu dari sumber daratan dan juga sumber dari lautan. Sumber dari daratan Pencemaran yang berpunca dari kawasan daratan menyumbang kepada kebanyakkan pencemaran pesisir pantai dan muara sungai di Malaysia. Pencemaran dari darat menyumbang kepada lebih 77% daripada pencemran marin. Pada kebiasaanya sumber-sumber pencemaran air pesisiran pantai dan muara sungai yang terletak di daratan adalah aktiviti-aktiviti industri, pembangunan bandar, kerja-kerja pembinaan, aktiviti perlombongan, kegiatan pertanian dan akuakultur yang tidak terhad dan tak terkawal, aktiviti pelancongan/rekreasi dan pembalakan. Kebanyakan bahan-bahan cemar dari daratan disalirkan ke dalam air pesisiran pantai dan mura sungai melalui laluan air (sungai, terusan, muara sungai). i) Industri perkilangan Antara sumber pencemaran yang terhasil dari sektor perindustrian ini adalah logam berat seperti merkuri, arsenik, kadmium, zink, tembaga dan juga plumbum. Negeri yang mempunyai pembangunan sektor perindustrian yang tinggi seperti Pulau Pinang, dan juga Johor mengalami masalah paras kontaminasi logam berat yang tinggi. Ia menjadi satu risiko kepada organisma-organisma bentos apabila terkumpul di mendapan dasar. Oranisma bentos mampu mengawal serta membioakumulat logam-logam berat di dalam badannya. Walau bagaimanapun, pada tahap konsentrasi tertentu mekanisma pengawalan ini tidak lagi berfungsi dan logam-logam berat itu menjadi toksik kepada organisma bentos. Amat berbahaya kepada kesihatan manusia apabila ianya terkandung di dalam organisma akuatik yang di makan oleh manusia seperti kerangan. ii) Domestik Kumbahan dari kawasan perumahan (domestik) dan efluen industri seperti najis mengandungi bahan organik dan bahan pencemar biologi yang disalurkan ke perairan tanpa diberi rawatan terlebih dahulu. Ia akan menyebabkan wabak penyak kerana kumbahan tersebut mengandungi bacteria dan mikroorganisma (patogen) yang mampu memberi ancaman kepada kesihatan manusia. Di samping itu, Jumlah Keperluan Oksigen (BOD) boleh membawa kepada pengurangan oksigen yang boleh memudaratkan organisma akuatik. Pengkayaan nutrient iaitu nitrogen dan fosforus juga boleh menyebabkan eutrofikasi yang menggalakkan pengembangan alga dan membawa kepada pengurangan oksigen. Ia boleh membunuh organisma akuatik dan menjejaskan kepelbagaiannya serta mengurangkan jumlahnya. iii) Pertanian dan penternakan Bahan kimia digunakan bagi membunuh atau mengawal makhluk atau tumbuhan perosak pertanian seperti rumpai, penyakit, dan serangga. Penggunaan bahan ini seperti pestisid (racun perosak) dan juga fertilizer (baja) akan menyebabkan pencemaran air bawah tanah dan permukaan. Larian dari daratan ini akan menyumbang kepada peningkatan nutrien, sekali gus menjejaskan organisma akuatik. Selain dari agrokimia, pencemaran organik dari ternakan haiwan juga merupakan salah satu faktor pencemaran terutamanya penternakan khinzir dan juga ayam. Aliran yang tidak dirawat seperti sisa najis, bangkai-bangkai dan sisa pemprosesan haiwan ini menyebabkan pengurangan kualiti air marin iv) Bahan buangan pepejal Bahan buangan pepejal yang tidak biorosot seperti sampah sarap, plastik, sisa pembinaan, kadboard, getah, kaca, logam, sisa perubatan, gabus stryrofoam dan jaring menangkap ikan yang dibuang ke laut adalah berbahaya. Ia akan mengganggu aktiviti penangkapan ikan serta merosakkan nilai estetik pantai rekreasi. v) Pencemaran terma dan haba Loji penjanaan kuasa yang dibina berdekatan dengan laut kerana adanya sumber air yang murah (air laut) bagi penggunaan dalam pendinginan dan melarutkan sisa buangan. Air laut disedut bagi mendidihkan menjadi wap dan digunakan dalam proses penyejukkan yang menghasilkan air hangat yang dipam semula ke laut. Sisa dalam bentuk air ini, juga terhasil dari pelbagai aktiviti industri. Masalah yang timbul adalah apabila berlakunya pelepasan air hangat ini. Ia akan mengubah dan menukar ekologi persekitaran dengan mengganggu kitaran hidup akuatik, mengubah komposisi populasi kehidupan bentos dan akhirnya menjejaskan rantai makanan. vi) Pemendakan Mendakan, pengelodakan dan partikel disebabkan oleh aktiviti seperti mendedahkan tanah ( pembukaan tanah, penambakkan tanah, pembalakan ) akan menyebabkan hakisan tanah dan seterusnya meningkatkan pengaliran sedimen atau larian tanah ke dalam sistem saliran seperti sungai dan laut. Kesan daripada aktiviti ini akan meningkatkan kekeruhan air dan mengurangkan pencahayaan yang menembusi air dan mengakibatkan kemerosotan pertumbuhan akuatik. Sumber dari lautan Pencemaran dari laut di Malaysia berpunca dari aktiviti maritim, termasuklah: § Aktiviti pelabuhan/bot nelayan/aktiviti cari gali Ini termasuklah kesemua bahan pencemar yang terhasil dari aktiviti-aktiviti seperti pelepasan minyak, kumbahan dan tumpahan yang berpunca dari kemalangan/pelanggaran di pelabuhan. Antara bahan pencemar ini adalah minyak dan juga gris. Ia mempunyai kesan yang buruk ke atas organisma akuatik serta ekositem pesisiran pantai. Sesetengah kompaun yang terkandung di dalam minyak adalah toksik kepada organisma akuatik. § Agen-agen anti rosak Cat-cat anti rosak (atau anti karat) yang disapu pada permukaan badan kapal yang berada di bawah paras air, menghasilkan satu bahan larut lesap yang dikenali sebagai tributil tin (TBT) yang boleh membahayakan organisma-orgnisma akuatik, terutamanya kerang-kerangan. Kesan-kesan bahan ini ke atas organisma yang terbabit adalah pertumbuhan yang berkurangan, cangkerang yang cacat, kegagalan pembiakan dan akhirnya mati. § Sisa berminyak dan cecair berbahaya Sisa ini terhasil dari kerja-kerja pembersihan tangki dan pembuangan bahan ballast (pemberat) kapal. Minyak mentah dan produk petroleum yang telah di tapis adalah toksik kepada pelbagai organisma akuatik. Bahan-bahan cemar ini boleh mengakibatkan kematian burung laut, penyu dan mamalia laut dan juga boleh menyebabkan kemusnahan teruk kepda aktiviti penangkapan ikan dn rekreasi. 4. Kesan Tsunami Bencana Tsunami yang melanda di pesisir pantai bahagian utara iaitu di Kedah dan juga Pulau Pinang pada 26 Desember 2004 sedikit sebanyak menjejaskan nelayan pantai. Banyak peralatan nelayan seperti bot, jaring, dan kemudahan seperti jeti musnah akibat pukulan ombak 3 beradik. Jika dilihat banyak bantuan di beri oleh orang ramai, namun bantuan ini tidak di terima sepenuhnya oleh para nelayan dan mangsa-mangsa tsunami umumnya. Nelayan-nelayan berada dalam ketakutan berikutan kebimbangan Tsunami akan berlaku lagi, trauma yang dihadapi serta kekuatan untuk bangkit semula dari bencana ini amatlah membimbangkan. Hasil tangkapan yang tidak menentu dan peningkatan harga diesel juga menjadi faktor kepada kegagalan kebangkitan mereka. Organisma marin juga mengalami nasib yang sama contohnya penemuan gamat/ timun laut jarang yang dijumpa selepas berlakunya tsunami di perairan Port Dickson. 5. Sosio-ekonomi Dari sudut sosio-ekonomi, nelayan-nelayan ini sentiasa hidup dalam keadaan serba kekurangan. Masalah seperti orang tengah atau peraih yang mengambil harga yang rendah dari hasil tangkapan membuatkan mereka semakin ditindas. 6. Perumahan nelayan Kebanyakkan perumahan nelayan yang dibina adalah di sekitar pesisir pantai. Keadaan ini akan mengundang bahaya apabila keadaan pantai terhakis. 7. Efluen dari kolam penternakan udang Aktiviti penternakan udang yang dijalankan di kebanyakkan kawasan hutan paya laut banyak mengundang kepada masalah persekitaran yang salah satunya adalah pencemaran di perairan. Efluen atau pun kekotoran di dalam kolam dilepaskan ke perairan tanpa diberi rawatan. Akhirnya akan memusnahkan orgnisma di sekeliling. Antibiotik dan pelet/rumusan makanan yang tidak dihadam akan dikeluarkan bersama-sama air tadi dan seterusnya memberi kesan kepada orgnisma marin yang lain. Organisma yang tidak dapat menerima perubahan dari aliran kumbahan ini akan mati dan seterusnya menjejaskan ekosistem yang terdapat di situ. 8. Penambakan dan perlombongan pasir Kegiatan penambakan pasir dan perlombongan pasir akan menyebabkan habitat organisma marin akan terancam. Aktiviti penambakan pasir bertujuan untuk penambahan kawasan bagi pembangunan dan kemudahan orang ramai. Namun, apabila penambakan dijalankan dengan tergesa-gesa, ini akan meningkatkan peluang berlakunya pergerakkan air di bawah tanah dan komposisi tanah ini tidak stabil. Kemungkinan akan berlaku retakan/runtuhan pada struktur bangunan tersebut. Perlombongan pasir pula akan mengakibatkan air menjadi cetek dan mengurangkan kadar kemasukkan organisma marin di kawasan tersebut. 9. Eko-pelancongan Kawasan pesisir pantai yang mempunyai nilai estetik yang tinggi akan dibangunkan agar menjadi kawasan pelancongan bagi meningkatkan pendapatan sesebuah negeri. Namun, hanya sedikit penekanan diberikan apabila kawasan-kawasan ini diambil alih dan para nelayan dihadkan dari memasuki kawasan pelnacongan ini. Contohnya di Batu Feringgi, Pulau Pinang: kawasan pesisiran pantai nelayan dihadkan dengan aktiviti seperti jet ski, bot laju, kapal layar dan juga kawasan berenang bagi pelancong. 10. Penebusgunaan tanah hutan paya laut/ bakau Penebusgunaan tanah hutan paya laut bagi aktiviti pembangunan dan juga penternakan akuakultur udang kian meningkat dewasa ini. Keistimewaan dan kepelbagaian organisma di kawasan ini tidak diambil peduli sehingga berlakunya Tsunami. Bakau bertindak sebagai pelindung kepada ombak yang kuat, penahan hakisan, memerangkap sampah dan juga bahan kimia melalui komposisi, struktur tanah dan akarnya. Dari sudut biologinya, bakau menjadi habitat, tempat perlindungan dan juga kawasan asuhan bagi organisma marin seperti ikan, udang, ketam dan beberapa jenis siput serta kerangan. Haiwan di daratan juga mendapat manafaat darinya seperti ular, kera, buaya serta burung kerana kawasan ini melimpah dengan sumber makanan. 11. Ketiadaan pengurusan perikanan dan polisi penguatkuasaan Kaedah pengurusan perikanan yang tidak mampan serta penguatkuasaan dari jabatan-jabatan kerajaan tidak mampu menangani permasalahan alam sekitar terutamanya persekitaran marin. Polisi yang wujud dari segi penguatkuasaan agak lemah membuatkan orang ramai mengambil jalan mudah melanggar segala peraturan yang diwujudkan. Kakitangan jabatan kerajaan yang kurang serta pertindahan dari segi bidang kuasa melemahkan lagi penstrukturan pengurusan. 12. Ketiadaan kemudahan asas – tiada tempat pendaratan, kilang ais atau awet dingin (penstoran) Kekurangan kemudahan ini menyebabkan hasil tangkapan tidak dapat dipasarkan secara segar. Oleh itu, ikan yang ada terpaksa dijadikan ikan kering. Nyata nelayan terpaksa mengalami kerugian yang besar kerana nilai pasaran bagi ikan segera adalah lebih tinggi dari ikan kering. Pendapatan bagi nelayan ini tidak akan meningkat dan Berikut Merupakan Status Perikanan Yang Telah Dikenal Pasti Di Dalam Bengkel Tersebut. Status Perikanan di Malaysia Sejak kebelakang ini, aktiviti perikanan tangkapan yang tidak mampan dan pembangunan pesat di sepanjang kawasan pesisir pantai dan muara sungai telah memberi kesan yang buruk ke atas sumber perikanan dan habitat-habitat yang berkait rapat dengan perikanan di kawasan pesisir pantai dan muara sungai seperti hutan paya laut, kawasan terumbu karang dan juga rumput laut. Aktiviti-aktiviti ini menimbulkan pelbagai impak sosial, ekonomi dan biologi termasuklah pengurangan spesis-spesis perikanan komersial yang penting dan perubahan yang ketara ke atas fungsi-fungsi ekosistem. Tumpuan khas perlu diberikan oleh segenap lapisan masyarakat dan kerajaan ke atas permasalahan berhubung dengan industri perikanan. Usaha-usaha pengurusan dan pemuliharaan yang bersepadu dan menyeluruh harus dilaksanakan dalam usaha untuk mencegah kemerosotan sumber perikanan dan kemusnahan alam sekitar. Tiga faktor utama yang perlu ditekankan dalam usaha ini adalah pemuliharaan berkesan, pengurusan yang sesuai dan penggunaan sumber dengan bijak. Perikanan tangkapan merangkumi segala aktiviti yang dikaitkan dengan eksploitasi atau penuaian pelbagai sumber perikanan dari persekitaran akuatik dengan menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan menangkap ikan. Terdapat 2 jenis kategori dalam industri perikanan ini iaitu perikanan pantai/tradisional atau perikanan laut dalam/komersial. Dalam bengkel ini penekanan akan diberikan kepada perikanan pantai atau lebih dikenali dengan perikanan tradisional. Perikanan pantai merujuk kepada kegiatan menangkap ikan menggunakan bot tradisional dan komersial di bawah 70 GRT, dan beroperasi di dalam kawasan kurang dari 30 batu notika dari garis pantai. Aktiviti perikanan ini mengalami kesan yang ketara kerana mengalami masalah seperti pengurangan sumber perikanan akibat pencemaran dan kemusnahan habitat di kawasan pesisir pantai dan muara. Walaubagaimanapun, masalah yang ketara sekarang adalah dari aspek pencerobohan kawasan pinggir pantai oleh nelayan-nelayan yang menggunakan peralatan seperti pukat jerut, pukat tunda, serta pukat tangkul yang mampu menjejaskan sumber pendapatan nelayan kecil . Di bawah merupakan statistik perbandingan jumlah pendaratan ikan bagi tahun 2002 dan 2003. Perbandingan Jumlah Pendaratan Ikan dan Nilai Bagi Tahun 2002 dan 2003 Tahun Kuantiti Nilai Laut Pantai Laut Dalam Laut Pantai(RM Billion) Laut Dalam(RM Billion) 2002 1,125,445 146,555 3.725 485.100 2003 1,143,493 153,507 3.782 507.700 Bila melihat perangkaan ini, jelas sekali yang nilai perikanan ini memberi pulangan yang lumayan. Namun, secara logiknya adakah sumber protein yang ada sekarang mampu untuk menampung keperluan penduduk-penduduk Malaysia pada masa akan datang? Kepupusan spesis-spesis tertentu, pengeksploitasian sumber secara berlebihan serta pencemaran laut yang kian meruncing mampu menggugat sektor perikanan negara dan seterusnya menjejaskan sumber ekonomi nelayan-nelayan khasnya. FIKIRKAN LAH !! …………… Pengurusan Perikanan dari Sudut Undang-Undang Perundangan berkaitan dengan perikanan mula diwujudkan pada tahun 1963 melalui Akta Perikanan 1963 yang mana ia menumpukan peraturan berkenaan pengurusan zon bagi aktiviti perikanan. Ia bertujuan untuk menjaga hak nelayan tradisional dari kemasukkan pemukat tunda di kawasan pesisir pantai. Walaubagaimana pun akta ini tidak membabitkan kawasan krital seperti hutan paya laut, rumput laut dan juga kawasan terumbu karang yang juga berhampiran dengan pesisir pantai. Selanjutnya, pada tahun 1981 Polisi Perlesenan bagi perikanan keseluruhannya diwujudkan bagi skim pengurusan untuk menghad aktiviti perikanan. Melalui polisi ini, lesen dikeluarkan mengikut saiz enjin bot, kelengkapan menangkap ikan dan penzonan perikanan. Secara tidak langsung, peraturan ini melindungi kawasan yang kritikal. Dalam Akta 1984, Malaysia telah mengistiharkan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), manakala dalam Akta 1985, ia bertindak dalam mempromosikan aktiviti perikanan jauh dari kawasan pesisir pantai. Dalam akta ini, ia memperkenalkan satu zon tangkapan nelayan di perairan negara bagi mencegah pertelingkahan antara nelayan tradisional dengan pengusaha bot nelayan besar. Terdapat juga beberapa akta lain yang mempunyai peruntukan untuk hal-hal yang berkaitan perikanan darai aspek perikanan tangkapan dan pemasaran ke organisasi sektor berkenaan. Akta-akta berkenaan adalah: 1. Akta Pentas Sunda 1966 2. Akta Persatuan Nelayan 1971 3. Akta lembaga Kemajuan/Pembagunan Perikanan 1972 ???? 4. Akta Pelantar Benua 1972 5. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 6. Akta Kastam 1967 Institusi-institusi dan rangka kerja perundangan untuk isu berkaitan dengan industri perikanan ISU-ISU AKTA - AKTA BERKAITAN( AGENSI KERAJAAN) Pengurusan dan pemuliharan sumber perikanan§ Penangkapan ikan§ Perlesenan§ Larangan penggunaan peralatan menangkap ikan tertentu dan penangkapan ikan di sesuatu kawasan§ Penubuhan dan pengurusan taman laut Menubuhkan sistem akuakultur marin Akta Perikanan 1985, dikuatkuasa 1993 ( Jab. Perikanan) Pengaliran, saliran dan kawalan hakisan pantai Ordinan Kawasan Pengairan 1953( revised 1989) ( Jab. Pengaliran dan Saliran- JPS)Ordinan Kerja Saliran 1954(revised 1988)-JPS Pengangkutan Marin§ Perkapalan§ Pencemaran dari kapal-kapal§ Pencemaran dari pembuangan§ Kemudahan penerimaan Ordinan “Merchant Shipping 1952 Akta ‘merchant shipping’ 1991( Kementerian Pengangkutan)Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 ( Jab. Alam Sekitar-DOE)Akta Zon Ekonomi Ekslusif 1984 Penilaian impak persekitaran ke atas pembangunan pesisir pantai§ Pertanian§ Penambakan tanah dan pantai§ Perhutanan§ Pelabuhan§ Petroleum§ Pembanguan kawasan rekreasi dan resort§ Penjanaan kuasa dan penghantaran§ Rawatan dan penghapusan bahan buangan§ Pengorekan dan pengairan§ Perikanan§ Infrastruktur perlombongan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 – DOE Akta-akta lain termasuk:Continental Shelf act 1966Akta PerlombonganPetroleum 1972Akta Pembangunan Petroleum 1974Akta Zon Ekonomi Ekslusif 1984 Pencemaran§ efluen kumbahan dan industri Peraturan Kualiti Alam Sekitar 1979 (efluen kumbahan dan industri) Pelan struktur untuk pulau Kementerian Perumahan dan TempatanJabatan Perancang Bandar dan Desa Pelaksanaan projek-projek pembangunan awam Kementerian Kerja Raya Perhutanan dan paya bakau Akta Perhutanan Negara 1974Peraturan Perhutanan 1986( Jab. Perhutanan ) Perancangan projek-projek pembangunan Unit Perancang Ekonomi Negeri Pentadbiran tanah tanah dan permit-permit untuk projek pembangunan Pejabat Tanah Pelupusan bahan kumbahan dan sampah sarap Pejabat Daerah § Meningkatkan status sosio-ekonomi nelayan§ Pengembangan dan pembangunan industri perikanan Fisheries Development authority of Malaysia Act 1971 (FDAM)/Akta Pembangunan Perikanan 1971Akta Persatuan Nelayan 1971 Organisasi, peruntukan pinjaman, penyeliaan dan koordinasi bantuan kewangan aktiviti pertanian (perikanan dan akuakultur) Bank Pertanian § Penyelidikan§ Cadangan pengurusan NGO dan Universiti Ancaman dan Impak di kawasan Pesisir Pantai dan Muara Sungai 1. Pemusnahan habitat semulajadi secara berperingkat-peringkat § Penambakan laut dan penebusgunaan tanah § Pembersihan kawasan untuk pelbagai aktiviti pembangunan 2. Eksploitasi sumber-sumber semula jadi secara tidak mampan § Eksploitasi sumber-sumber semula jadi secara berlebihan § Penggunaan kaedah penangkapan/penuaian yang bersikap memusnah 3. Perlombongan § Aktiviti perlombongan minyak dan gas § Aktiviti perlombongan pasir 4. Pelepasan bahan buangan § Efluen dan bahan beracun dari kilang § Kumbahan dari kawasan perumahan (domestik) dan industri § Bahan buang pertanian § Minyak dan gris dari pelbagai punca § Sampah sarap § Pelepasan haba dari loji tenaga 5. Aktiviti di kawasan pedalaman § Pembalakan § Aktiviti pembersihan kawasan § Pembinaan empangan dan kunci air 6. Kerja-kerja pembinaan di kawasan pantai § Pembinaan pelbagai infrastruktur § Perumahan Akhirnya kesemua ancaman di atas membawa impak ke atas alam sekitar seperti: § Kehilangan atau kemusnahan habitat-habitat semula jadi termasuk flora dan fauna § Hakisan pantai dan tebing sungai § Pencemaran air § Pengurangan sumber-sumber semula jadi § Menjejaskan ekonomi nelayan pesisir Masalah Aspek Pengurusan § Duplikasi atau pertindihan bidang kuasa dari segi fungsi dan tanggungjawab § Kekurangan kakitangan dalam agensi yang berkaiatan untuk menjalankan kerja-kerjapengawasan dan penguatkuasaan § Ketiadaan satu agensi atau mekanisma bersepadu dalam perancangan guna tanah pesisir pantai § Pengaruh dan minat politik yang menyumbang ke arah pengurusan yang tidak cekap § Undang-undang serta peraturan yang lapuk di dalam undang-undang yang sedia ada § Koordinasi yang lemah di antara agensi-agensi yang terbabit § Adanya pelbagai aktiviti pembangunan tanah serta aktiviti-aktiviti manusia yang bertentangan Peranan Nelayan § Menjadi mata dan telinga bagi tujuan pemeliharaan laut dan pesisir pantai daripada aktiviti pencerobohan, pencemaran dan lain-lain. § Mendesak pihak berwajib mengambil tindakan terhadap kesalahan yang melibatkan alam sekitar khususnya persekitaran marin. § Meningkatkn kesedaran penduduk pesisir pantai terhadap kepentingan laut dan sumbangannya. § Memelihara laut dan pesisir pantai terus terpelihara bagi memastikan sumber rezeki nelayan berterusan dan tidak terjejas. § Mengadakan program-program pemuliharaan contohnya: penanaman bakau, penanaman pokok, pembersihan sungai dan pantai dan lain-lain. AJK Lajnah Pekerja dan Pertanian DPPP Saiful…Penang DPPN
Please login or register to add comments |